Anda Usahawan Wanna-Be , Lakukan 5 Bisnes Ini

Home » Anda Usahawan Wanna-Be , Lakukan 5 Bisnes Ini

SESETENGAH orang mungkin sudah dilahirkan sebagai seorang usahawan dan sedia memiliki segala kriteria yang melayakkan mereka menentukan hala tuju dan kebebasan diri tanpa mahu bergantung kepada orang lain. Tetapi bagaimana pula dengan usahawan ‘wanna-be' atau jadian? Anda tentu sukar membuat pilihan tentang apakah jenis bisnes terbaik yang menguntungkan bukan?

Tidak mengapa anda boleh rujuk beberapa post kami di sini :

  1. 9 Perkara Yang Wajib Kita Tahu Untuk Mula Berniaga
  2. 10 Bisnes Modal Rendah Lagi Menguntungkan!
  3. Mulakan 6 Bisnes Ini Di Rumah Anda
  4. Inilah 10 Cara Betul Berhenti Kerja Dan Mulakan Bisnes

Ini kerana tidak kurang ramai juga kalangan kita yang menceburi dunia bisnes sekadar untuk menambah pendapatan. Kata orang, sekadar mencari duit lebih untuk pergi bercuti, beli susu anak, bayar ansuran kereta atau simpanan hari tua.

Idea Perniagaan Yang Menguntungkan

Terpulanglah apa matlamat anda, tetapi anda pasti mahu tahu jenis bisnes manakah paling menguntungkan yang sesuai dengan diri anda sebagai usahawan wanna-be.

BUAT BISNES MOBIL!

Bisnes mobil di sini bukanlah merujuk kepada perniagaan aplikasi mobil menggunakan telefon pintar seperti difahami anda. Sebenarnya, bisnes jenis ini memerlukan anda bergerak menemui pelanggan sama ada untuk menjual produk atau menawarkan servis.

Walaupun nampak agak leceh dan memenatkan, tetapi tahukah anda bisnes mobil adalah antara jenis perniagaan yang menguntungkan dan berpotensi besar untuk berkembang maju. Malah, ia memberikan anda fleksibiliti masa dalam bekerja.

Dalam erti kata lain, lakukan bisnes bergerak!

1. BAIK PULIH KENDERAAN

Bagi sesetengah orang, membawa kereta ke bengkel untuk dibaik pulih memang satu cabaran kerana banyak proses perlu dihadapi yang melibatkan masa dan wang. Lagipun, kereta perlu dipakai segera. Apabila sudah dihantar ke bengkel, mereka perlu pula menunggu giliran dan kemudian menyewa kereta jika ada urusan penting yang mahu diselesaikan. Ataupun menghubungi pasangan atau kawan untuk meminta bantuan.

Sekarang, jika anda ada kemahiran membaik pulih kenderaan, kenapa tidak lakukan secara bergerak? Ini kerana sesetengah kerosakan cuma memerlukan proses baiki yang mudah dan alatan yang ringkas sahaja seperti menukar tayar pancit.

Malah, anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan menyenggara atau servis kereta seperti menukar minyak enjin, menggantikan pelapik brek dan bateri, serta memasang mentol lampu.

Anda tidak memerlukan ruang yang luas pun untuk bekerja. Cukup saja di kawasan parkir atau garaj rumah pelanggan anda. Apa yang penting anda boleh tetapkan masa yang sesuai dengan jadual kerja anda.

Berminat untuk menyertai program “Jana Pendapatan Automatik dengan Autopilot Online mArketing (ATOM)”? Layari website kami dengan hanya klik gamba di bawah.

2. TRAK MAKANAN

Bisnes trak makanan (food truck) memang sudah lama diusahakan yang majoritinya dipelopori peniaga pasar. Apa saja makanan boleh diniagakan sama ada makanan untuk sarapan, makan tengah hari, petang atau malam, ataupun sekadar kudapan.

Kepelbagaian makanan boleh saja daripada nasi lemak, sandwich dan kuih-muih sehinggalah nasi campur, spageti dan pisang goreng. Namun, jika mahu mengambil kira maksud ‘trak makanan' dalam erti kata sebenar, ia sebenarnya merujuk kepada trend bisnes dari atas trak yang berasal dari Amerika Syarikat. Berbanding trak makanan ala pasar, bisnes trak makanan ala Amerika lebih kreatif, bersih, sihat dan menarik.

Bayangkan anda ada trak khas untuk menjual pisang goreng  yang boleh dibawa ke mana-mana dengan rekabentuk menarik dan trendy. Anda boleh menyerang mana-mana lokasi yang dirasakan sesuai seperti lot parkir bangunan perniagaan, luar pagar sekolah, padang permainan, pasar atau kawasan rekreasi yang ramai pengunjung. Lagi ramai orang lapar, lagi laku bisnes trak makanan anda.

Jangan lupa pula dapatkan lesen perniagaan sah.

3. CUCI KERETA

Tinggal di kediaman seperti apartment dan kondominium adalah pemandangan biasa di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Ada ramai pemilik yang memang tiada masa mahu menghantar kenderaan mereka ke pusat cuci kereta. Jadi, kenapa tidak tawarkan perkhidmatan cuci kereta bergerak kepada mereka?

Kini, anda yang akan pergi ke kediaman pelanggan dan cucikan kereta mereka. Apa yang anda perlukan cuma tenaga tulang empat kerat untuk melakukan kerja ini, manakala kit cucian boleh saja dibeli di kedai-kedai aksesori kereta. Mulakan dengan cuci kereta anda sendiri dahulu, termasuk perhatikan bagaimana cara pekerja di pusat cuci kereta mencuci kereta pelanggan mereka. Akhir sekali, anda pula lakukan sendiri!

Cuba cari pelanggan yang tinggal di apartment dan kondominium. Anda boleh tetapkan berapa jumlah pelanggan maksimum dalam sehari yang boleh anda selesaikan. Jangan terburu-buru kerana anda perlu menjaga kualiti dan tahap kesihatan juga.

4. BAIKI ALAT ELEKTRONIK

Zaman ini ialah zaman gajet atau peranti elektronik. Hari ini boleh dikatakan hampir semua orang ada telefon bimbit sendiri. Itu belum lagi peranti elektronik lain seperti tablet, komputer dan laptop. Inilah masanya tawarkan perkhidmatan anda.

Tanpa perlu membuka kiosk di mana-mana pasar raya, anda boleh saja pergi terus ke rumah pelanggan atau buat temujanji di mana-mana kedai mamak berhampiran. Anda boleh mulakan dengan servis asas seperti menukar skrin telefon bimbit pecah, menggantikan bateri laptop, memasang pelindung skrin, membaiki peranti SmartTag dan macam-macam lagi.

Malah, anda boleh luaskan skop kepada perkakasan elektronik yang lebih besar seperti televisyen, penyaman udara, peti ais dan mesin basuh. Perkara pertama perlu dilakukan ialah meluangkan sedikit masa mengambil kursus pantas untuk belajar asas membaiki alat elektronik. Jika anda sudah sedia ada kemahiran tertentu, boleh terus mulakan saja.

5. GURU PERSENDIRIAN

Jika anda guru, gunakan kemahiran anda untuk jadi seorang guru persendirian kerana perkhidmatan seperti ini memang dicari-cari golongan elit atau kaya yang mahukan anak mereka mendapat sesi pembelajaran yang lebih eksklusif.

Anda juga boleh mendaftar dengan mana-mana kelas tuisyen persendirian dan cuba menyesuaikan jadual mengajar dengan masa kerja anda sebenar.

Ingat, guru persendirian di sini bukan hanya setakat pembelajaran akademi saja, anda juga boleh jadi guru persendirian jika mahir kemahiran-kemahiran tertentu seperti bela diri, memasak, menjahit, bersolek, menari, bermain muzik atau apa saja

(Visited 2,368 times, 1 visits today)

Leave a Comment