Buat 8 Tip Ini Untuk Hasilkan Jenama Sendiri Yang ‘Awesome’

Home » Buat 8 Tip Ini Untuk Hasilkan Jenama Sendiri Yang ‘Awesome’

APABILA mencipta jenama, anda bukan sekadar bercerita tentang logo, skema warna dan slogan, tetapi lebih daripada itu. Anda sebenarnya perlu memikirkan mengenai nama jenama yang mudah diingati, mesej yang kuat, sistem sokongan dan apa saja keperluan perundangan seperti mendapatkan pengesahan hak cipta dan tanda dagang (trademark).

Cara Membuat Jenama Sendiri

Namun, itu semua hanyalah permulaan bagi proses penjenamaan. Bagaimana mahu mencipta jenama yang hebat atau awesome?  Apa kata baca 9 tip di bawah ini:

1. BAGAIMANA ORANG LUAR MELIHAT ANDA?

Perkara menarik tentang jenama anda adalah bukan tentang apa anda katakan, tetapi apakah yang diperkatakan orang lain? Jadi, perkara pertama patut dimulakan dalam membangunkan jenama anda adalah mengetahui apakah yang orang lain fikirkan.

Cara paling mudah mengetahui respon pengguna terhadap jenama anda adalah menerusi carian Google dan bertanyakan rakan-rakan rapat atau melantik pihak ketiga untuk membuat analisis bagi pihak anda.

2. BINA PLATFORM ONLINE

Jangan lupa bina platform online seperti blog atau laman web sendiri, dan rapatkan hubungan anda dengan audien menerusi kandungan yang dipautkan kepada media sosial. Ada pelbagai platform media sosial boleh digunakan seperti LinkedIn, Facebook atau Twitter, ataupun boleh juga mendaftar Pinterest atau Instagram. Jangan tunggu sempurna, anda patut mulakan sekarang!

Apa pula yang perlu anda lakukan di platform online? Lakukan perkara di bawah ini:

  • Jadi
  • Ada gaya penyampaian unik.
  • Bina senarai e-mel.
  • Cipta rekabentuk yang mudah diingati.
  • Cipta slogan mudah ingat atau catchyyang mampu menjelaskan misi dan tujuan bisnes.
  • Jaga kandungan pemasaran dan bina rangkaian.

3. SENTIASA SEMATKAN JENAMA DALAM DIRI

Penjenamaan sepatutnya jadi bahagian paling besar dalam diri anda dan sentiasa tersemat dalam apa saja tindakan anda lakukan setiap hari, bukan sekadar menampal jenama pada baju yang dipakai. Jenama anda mesti menunjukkan bagaimana anda bertindak.

4. KEKAL KONSISTEN

Sekarang fikirkan tentang satu jenama yang buatkan anda setia. Mungkin saja syampu, ubat gigi, atau kicap kegemaran. Kenapa jenama itu anda sangat percaya, lalu setia? Ini kerana produk jenama kesayangan anda itu memang boleh diharap. Begitulah sepatutnya anda bina jenama anda.

5. JANGAN CUBA PUASKAN HATI SEMUA ORANG

Percayalah, anda tidak pernah mampu memuaskan hati semua orang. Jadi, jangan sesekali cuba jadi segalanya untuk setiap orang. Anda cuma perlu belajar jadi satu jenama yang sebaik mungkin untuk pelanggan tertentu.

Jangan takut jadi diri sendiri kerana tidak semua orang boleh jadi seperti anda. Ingat, anda bukan dalam bisnes untuk memuaskan hati setiap orang. Anda sebenarnya dalam bisnes untuk membina bisnes, bukan melegakan perasaan manusia.

6. HASILKAN NILAI

Anda sepatutnya menghasilkan nilai dalam setiap perkara yanh dilakukan. Tidak perlu tunggu jadi seperti Apple untuk menghasilkan produk yang hebat. Malah produk berstatus biasa seperti Ikea pun mampu memberikan banyak nilai kepada pelanggan mereka.

Apabila memikirkan tentang nilai yang boleh ditambah, cuba tanya soalan berikut kepada diri:

  • Apakah yang membezakan produk, perkhidmatan dan syarikat anda dengan pesaing?
  • Apakah nilai yang anda sediakan dan bagaimana nilai itu membezakan anda dengan pesaing?
  • Bagaimana faedah dan manfaat yang anda berikan mampu meninggalkan kesan kepada emosi pelanggan?
  • Apakah apa yang dihasilkan anda memberikan cukup nilai yang bersesuaian harga?
  • Apakah jenama anda bersebati dengan cara bagaimana anda memasarkan diri anda?

7. KUATKAN JENAMA ANDA DENGAN JENAMA KUAT

Tahukah anda, jenama anda boleh dikuatkan atau dilemahkan oleh hubungan anda dengan jenama lain? Cuba cari jenama-jenama kuat yang boleh digunakan untuk melonjakkan jenama anda. Anda boleh mulakan dengan melihat tiga entiti penting ini – syarikat, kolej dan rakan kerja.

Misalnya, anda boleh menyumbang artikel kepada laman web alumni atau menulis surat berita syarikat, ataupun menulis blog.

8. TINGKATKAN KESEDARAN UMUM TENTANG JENAMA ANDA

Anda patut membuatkan orang luar sedar kehadiran jenama anda. Jadi, sebarkan maklumat jenama anda itu dengan menggunakan teknik di luar kotak seperti berikut:

  • Anjur atau sertai sebarang program sosial.
  • Buat poster, infografik, pamflet, pelekat atau brosur.
  • Tawarkan kandungan, tip dan nasihat percuma.
  • Bekerjasama dengan perniagaan lain dalam situasi menang-menang.
  • Jangan sombong.
  • Buat peraduan di media sosial.
  • Lakukan kempen pemasaran.

<<<< Lihat Juga di sini perkara yang kita perlu tahu bila membina jenama Logo Sendiri

(Visited 8,351 times, 1 visits today)

Leave a Comment