Pembangunan modul dan sistemini berevolusi melalui pengalaman usahawan, pengalaman perniagaan, sumber serta jaringan antarabangsa. Sehingga kini secara aktif telah menyediakan pelbagai program-program pembangunan keusahawananyang diiktiraf di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Matlamat utama kami menjadikan setiap program yang dibina membawa hasil yang jelas pada peserta dalam menjadikan mereka usahawan yang berjaya dalam aspek pengurusan perniagaan, sumber, kemahiran dan kewangan syarikat serta peribadi.
Asas kepada proses pengwujudan keusahawanan yang ditekankan oleh ASL adalah melalui penerapan budaya dan nilai keusahawanan ianya perlu diterapkan lebih awal dan perlu dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan.
Berdasarkan pengalaman dan kekuatan dalaman serta rakan strategik antarabangsa, sejak tahun 2010 ASL Resources Training & Consultancymula mengorak langkah ke satu pasaran yang profesional dengan menyediakan latihan dan perundingan sumber manusia kepada syarikat korporat yang terdiri daripada pelbagai industri termasuk farmaseutikal, media, kilang pengeluaran, hiburan, peruncitan, hospitaliti, IT, kewangan dan banyak lagi. Ini meliputi syarikat GLC, syarikat-syarikat antarabangsa serta SME. Khidmat latihan dan perundingan ini tidak terhad di Malaysia malah di luar negara melalui Bahagian Latihan Korporat,ASL
MISI
Keutamaan penerapan nilai keusahawanan yang dihayati dan holistik dalam diri usahawan.
Mempertingkatkan keberkesanan perlaksanaan program keusahawananyang bertujuan mewujudkan masyarakat perdagangan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
Melahirkan generasi yang berilmu, beriman, berfikiran cergas, berdaya tahan dan maju serta berdaya juang yang mampu bersaing untuk menuju matlamat yang ditetapkan.
Visi
Melahirkan dan membina usahawan-usahawan bagi membentuk masyarakat perdagangan yang terancang dan berdaya saing.
Menjadi perunding program pembangunan usahawan yang efektif, interaktifdan unik dalam industri.
Mohon Kertas Kerja Cadangan
Anda berminat untuk menjalankan program keusahawanan ? klik sini dan isikan maklumat permohonan anda.