SOLUSI PEMBANGUNAN USAHAWAN
Anda Ingin memohon profile kami ?
1. Latihan Pembangunan Usahawan
Latihan serta modul akan dibina berdasarkan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam melahirkan serta menggangkat taraf usahawan di Malaysia. 4 teras pembangunan usahawan ASL yang menjadi tunjang pada kejayaan ini adalah :
- “Customization and Solution Based Approach”
- “Experiential Learning”
- Pembangunan Usahawan Berstruktur
- Pembelajaran Sepanjang Hayat ( ASL For Members / Program Usahawan Inner Circle )
Dengan wujudnya kumpulan perunding ASL yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kekuatan, program yang dibina mampu menjadi sistem pemacu kejayaan peserta program.
Program latihan yang ditawarkan merangkumi 4 perkara :
2. Ujian Profile dan Psikometrik
ASL menawarkan pelbagai jenis profil bagi mengenali individu dengan lebih berkesan secara saintifik. Kaedah profil yang diguna pakai sah dan diiktiraf oleh seluruh dunia selain menjadi penggunaan syarikat-syarikat besar dan antarabangsa dalam pengurusan sumber manusia dan kepakaran. Bentuk ujian termasuklah inkuisitif, hemesfirik, dan lain-lain. Penilaian melalui kaedah yang dikenali dunia adalah seperti MBTI™, DiSC™ dan LPI™ yang akan dilakukan oleh mereka yang pakar dan bertauliah.
Penggunaan sistem ujian profil membantu dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan secara saintifik bermula dari fasa sebelum sehingga proses pengembangan operasi perniagaan peserta.
3. Bimbingan & Perundingan
Dengan kekuatan, kemampuan serta pengalaman yang dimiliki oleh perunding-perunding di bawah ASL, perkhidmatan perundingan dan bimbingan disediakan bagi membantu melonjakkan kemampuan usahawan serta produktiviti mereka dalam pelbagai aspek seperti kewangan, operasi pengeluaran, moral, kendiri dan jaringan. Strategik yang mampu dibina untuk memperkenalkan konsep, peranan serta penyelesaian masalah serta mengenal pasti kaedah menyelesaikan kepincangan didalam perniagaan.
Khidmat bimbingan dan perundingan amat penting tidak kira pada usahawan muda atau pun pada kumpulan usahawan IKS yang mahu melonjakkan perniagaan mereka. Teknik dan bimbingan pada kedua kumpulan ini berbeza dari pelbagai sudut.
Memohon Kertas Kerja Cadangan
Anda Berminat Untuk Menjalankan Program Keusahawanan ? Klik Sini Dan Isikan Maklumat Permohonan Anda.