SEBELUM anda bimbang tentang skema warna dan nama domain, anda perlu memutuskan apakah platform untuk membina laman web anda.

Apakah Itu Platform?

Bagaimana Cara Bina Laman Web - Pilih Platform Terbaik

Lebih 10 tahun lalu, kebanyakan laman web dibina menggunakan pengaturcaraan kod – HTML, CSS dan Flash yang mengambil banyak masa untuk belajar dan menguasainya. Ia bukan saja memerlukan anda mengaturcara kod, tetapi juga perlu mahir dalam kerja merekabentuk paparan antaramuka.

Kini segalanya sudah menjadi mudah dengan ada sistem pengurusan kandungan (CMS) seperti WordPress, di mana kerja-kerja menghasilkan laman web sudah mampu dilakukan semua orang.

Secara mudah, CMS (atau platform pembinaan laman web) ialah platform mesra pengguna yang direka untuk membantu anda membina laman web sendiri dan menguruskan kandungan atas talian tanpa memerlukan anda menjadi pakar dalam HTML.

Tiga platform membina laman web paling popular 2017 ialah:

  1. WordPress – 50.07%
  2. Drupal – 17.07%
  3. Joomla! – 6.44%

Berasaskan peratusan di atas, hampir separuh laman web di Internet hari ini dibangunkan menggunakan platform WordPress. Kenapa WordPress, Bukan Platform Lain?

Ini kerana WordPress bukan saja merupakan platform paling mudah untuk pembinaan laman web, tetapi juga:

Anda mempunyai bisnes online dan ingin memantapkan lagi Marketing anda secara online? Sertai program yang dianjurkn kami di ProgramUsahawan.com dengan hanya klik gamba dibawah.

#1. Percuma

Dengan banyak pilihan tema dan layout. WordPress ada komuniti besar yang menawarkan pelbagai rekabentuk tema dan templat cantik.

#2. Sangat Mesra-‘Beginner'

Jika anda tahu bagaimana menggunakan Microsoft Word, anda sebenarnya sudah boleh tahu bagaimana cara menambah kandungan sendiri. WordPress juga menawarkan pelbagai plugin percuma untuk memenuhi keperluan laman web anda daripada laman web bisnes hingga laman web jaringan sosial.

Dengan plugin, anda boleh menambah borang maklumat panggilan, pendaftaran, galeri imej dan lain-lain dalam laman web anda. Memang mudah dan ringkas!

#3. Sesuai untuk Laman Web Kecil atau Besar! 

Daripada laman web asas hingga laman web bisnes yang cantik dan urusniaga atas talian, WordPress mampu menguruskan pelbagai jenis keperluan dan kehendak pengguna Internet masa kini. WordPress digunakan oleh eBay, Mozilla, Reuters, CNN, Google Ventures dan NASA!

#4. Laman Web Anda Akan Responsif

Maksudnya, laman web anda akan berfungsi dengan cantik bukan saja dalam paparan komputer, tetapi juga teledon pintar dan tablet. Laman web yang anda bangunkan secara automatik akan menjadi responsif, nampak hebat dalam peranti komunikasi, telefon pintar dan tablet. Tidak perlu lagi mengupah pembangun web untuk melakukan semua itu.

Sertai bengkel yang dianjurkn kami di Programusahawan.com dengan klik gamba di bawah bagi mempelajari teknik-teknik mantap yang mampu membantu anda dalam pembangunan laman web

#5. Ada Sokongan Besar dan Komuniti Pembangun yang Sedia Membantu

Dengan ramai pengguna menggunakan platform itu (terdiri daripada webmaster, blogger, pereka tema dan plugin), sangat mudah untuk mendapatkan bantuan pantas apabila diperlukan menerusi kewujudan pelbagai forum atas talian, laman web dan YouTube.

<<< Lihat juga cara memulakan bina laman web di sini 

(Visited 1,435 times, 1 visits today)

Leave a Comment