SEO (Search Engine Optimisation) atau Pengoptimuman Enjiin Carian ialah terma diberikan kepada aktiviti yang merujuk kepada usaha memperbaiki ranking dalam enjin carian.

Paparan pautan ke laman web dalam keputusan carian Google boleh dianggap sebagai relevan dan berwibawa. Autoriti sesebuah laman web mengambil kira hasil analisis jumlah dan kualiti pautan daripada laman web lain. Dalam bahasa mudah, laman web anda berpotensi berada dalam senarai carian Google selagi ada pautan daripada laman web lain.

Maksud SEO

 

BUATKAN LAMAN WEB ANDA MUNCUL DI GOOGLE

Kandungan yang baik akan membuatkan pembaca kerap berkunjung ke laman web anda dan kemudian berkongsi artikel atau kandungan yang ditulis. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut berada dalam analisis atau pemantauan Google yang kemudian akan membantu melonjakkan ranking pautan laman web anda.

Ini kerana Google sendiri mahu mengekalkan reputasi sebagai laman enjin carian terbaik yang mampu memberikan keputusan relevan dan berwibawa seperti dimahukan pengunjung.

BAGAIMANA GOOGLE MENENTUKAN RANKING

Google biasanya mempromosikan laman web berwibawa atau berautoriti di ranking teratas. Jadi, tugas anda sekarang ialah mewujudkan laman web yang berautoriti. Proses ini melibatkan kandungan penulisan bermanfaat kerana pengguna cenderung berkongsi kandungan sedemikian di blog dan laman sosial seperti  Twitter dan Facebook, di mana Google akan membaca aktiviti itu sebagai isyarat autoriti. Kitaran maya tersebut akan menentukan status laman web yang kuat dan tahan lama dalam ranking Google.

DAPATKAN KEPUTUSAN CARIAN YANG BAIK

Berikut adalah cara bagaimana mendapatkan keputusan carian Google yang baik:

  1. Tulislah kandungan bermanfaat hebat dengan menggunakan ayat dan frasa yang kerap dicari pengguna Internet bagi produk dan perkhidmatan anda.
  1. Jangan lupa mudahkan proses orang ramai berkongsi dan pautkan kandungan tersebut.
  1. Lakukannya!

SEO ialah aktiviti mudah untuk memastikan sesebuah laman web boleh dijumpai dalam enjin carian bagi perkataan dan frasa yang relevan dengan apa ditawarkan laman web tersebut. Dalam erti kata lain, SEO adalah agensi kawalan kualiti bagi sesebuah laman web. SEO juga membantu industri yang kurang memahami kehendak pengguna menjadi tahu apa yang dimahukan pelanggan mereka.

Jom Sertai Kami Hari ini

Dapatkan diskaun, tip, peluang, jaringan perniagaan serta beberapa manfaat lain. Keahlian adalah percuma .

I agree to have my personal information transfered to GetResponse ( more information )

www.ProgramUsahawan.com

BAGAIMANA DAPATKAN PAUTAN

Pautan adalah penting, tetapi jangan keliru antara kualiti dan kuantiti. Jangan sesekali pisahkan pautan daripada kandungan anda. Sangat penting untuk memahami bahawa kandungan yang bagus mampu meningkatkan peluang mengekalkan pautan anda daripada laman web berkualiti.

Dalam bahasa mudah, jika laman web anda ada kandungan berguna, anda sebenarnya sudah pun menjamin pautan daripada laman web lain. Laman web hebat tidak akan meletakkan pautan daripada laman web dengan kandungan tidak berkualiti. Faham bukan?

Tidak mengapa, Kami ada solusi untuk penyelesaian anda. Jom Sertai Program Kami 1 Page At Google. Klik Gambar di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut.

KESIMPULAN

Lakukan sedikit kerja rumah dan cuba fahami apakah jenis kandungan yang dimahukan pelanggan anda. Bina laman web yang hebat dan tulis kandungan yang orang ramai perlukan serta mudahkan mereka berkongsi. Lakukan semua ini dan selepas ini laman web anda pasti mengalami peningkatan trafik.

(Visited 157 times, 1 visits today)

Leave a Comment