Mulakan 6 Bisnes Ini Di Rumah Anda

Home » Mulakan 6 Bisnes Ini Di Rumah Anda

MEMULAKAN perniagaan di rumah adalah cara bisnes terbaik yang boleh anda lakukan, terutama jika anda seorang suri rumah sepenuh masa. Anda tentu sedang memikirkan bagaimana meraih sedikit (boleh juga banyak) pendapatan yang dapat membantu melancarkan perjalanan ekonomi anda dan keluarga.

<< Anda juga boleh mencuba beberapa idea bisnes modal kecil disini 

Bisnes Dari Rumah

 

Tahukah anda, 52 peratus bisnes di Amerika Syarikat  beroperasi di rumah atau secara home-based? Kebanyakan jenama besar hari ini juga ditubuhkan oleh pengasas yang bekerja rumah seperti Gerber hasil ilham Dorothy, Fields (Debbi), dan Baby Eisteins (Julie AIgner-Clark ). Tetapi apakah bisnes yang berpotensi berkembang dengan persekitaran di rumah?

1. FREELANCE

Banyak kerja boleh dilakukan secara bebas atau freelancing tanpa memerlukan anda memenuhi komitmen masa di pejabat membabitkan apa saja kemahiran anda seperti menulis, fotografi, rekabentuk grafik,  atau membangunkan laman web. Bekerja freelance memberikan  anda lebih fleksibiliti dan kebebasan serta dapat dimulakan dengan sedikit kos dan kertas kerja.

Bekerja freelance boleh dimulakan dengan mendekati bekas majikan atau pelanggan yang mahu dapatkan manfaat daripada perkhidmatan anda, dan tidak kurang mencabar serta memerlukan disiplin tinggi – sama seperti menjalankan perniagaan juga.

Kesalahan biasa dilakukan pekerja freelance adalah tidak menguruskan bisnes dengan betul dan sah seperti mendapatkan lesen atau permit, termasuk memperuntukkan sejumlah wang untuk perancangan masa depan dan aliran tunai yang baik. Pastikan anda bekerja dengan betul.

2. BLOGGING

Ya, anda boleh buat wang dengan blog. Di luar sana ada ramai suri rumah sepenuh masa menadi penulis blog berjaya dengan idea-idea fesyen dan stail yang bagus. Jika anda boleh menulis dan meminati sesuatu topik atau hobi tertentu yang boleh menarik perhatian pembaca, kerja ini adalah terbaik buat anda.

Peluang menjana pendapatan boleh datang dalam bentuk pemasaran afiliat dan pengiklanan dalam blog, atau syarikat yang meminta anda untuk menulis reviu tentang produk mereka.

Jadi, cari jalan untuk mendapatkan trafik tinggi ke laman web anda menerusi capaian media sosial, mengoptimumkan enjin carian dan terlibat dalam jaringan penulis blog (seperti meninggalkan komen di laman blogger lain).

<< Jika anda berminat nak mulakan buat blog, klik sini 

Sertailah program Digital Enterpreneur yang dianjurkan oleh ProgramUsahawan.com bagi mempelajari segala ilmu mengenai Digital yang terkini dengan segera.

3. MULAKAN BISNES KREATIF

Tidak kira sama ada anda pandai membuat bakul hadiah atau menawarkan perkhidmatan konsultansi rekabentuk dalaman, jika anda ada bakat kreatif dan ada ruang menyimpan dan memperagakan ciptaan tersebut, kenapa tidak pertimbangkan saja cara membuat duit dengan bakat anda itu?

Kenali pasaran dan buat perancangan untuk mengetahui kehendak pelanggan. Senaraikan apa keperluan untuk merealisasikan kemahiran anda itu seperti jenis pelanggan, siapa pesaing dan  pembekal, serta tentukan lokasi terbaik untuk mengiklankan idea kreatif anda.

4. MULA BUAT KEK HOMEMADEATAU BISNES MAKANAN

Pengeluaran makanan dari rumah agak leceh tetapi tidak mustahil. Contohi saja selebriti Martha Stewart yang mula menceburkan diri dalam bisnes makanan dengan sebuah syarikat katering pada 1976 dan kini jadi begitu sukses. Sebelum anda memulakan bisnes makanan dari rumah, anda mesti memahami dahulu peraturan dan syarat yang diperlukan untuk menghasilkannya, misalnya menyediakan dua ruang dapur – kering dan basah; dan label bungkusan atau botol.

5. PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

Bisnes mengasuh kanak-kanak menawarkan potensi besar jika anda berminat bekerja di rumah memandangkan pembabitan ramai kaum hawa dalam dunia kerjaya. Suasana seperti di rumah semestinya dapat menarik perhatian golongan bu bapa untuk menghantar anak mereka ke rumah anda.

Sudah tentu apa yang perlu dilakukan adalah memastikan bisnes anda mematuhi undang-undang sama ada dari segi penyediaan makanan, ruang minimum dan lesen.

6. BERNIAGA ONLINE

Jika anda ada banyak barang yang mahu dilupuskan dan suka menjual, sila pertimbangkan memulakan bisnes di platform atas talian seperti Mudah, Lelong, eBay, atau Amazon. Anda juga boleh dapatkan sumber barang anda daripada jualan gudang, jualan amal atau sanak saudara yang mahu membuang barang-barang di rumah mereka.

Anda juga boleh menjual secara drop ship, iaitu menjadi ejen atau wakil penjual bagi sesuatu produk tanpa memerlukan anda mengeluarkan wang dan menghasilkan produk tertentu. Apa yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti produk yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pembeli seperti kain hijab edisi terhad, ejen buku, ejen makanan herba atau kesihatan dan lain-lain.

<< Klik sini untuk tahu cara buat duit walau ketika tidur

(Visited 5,263 times, 1 visits today)

Leave a Comment