11 Cara Buat Duit Ketika Tidur

Home » 11 Cara Buat Duit Ketika Tidur
idea perniagaan dari rumah

BENARKAH wang boleh bekerja untuk anda ketika sedang tidur? Ya, ramai yang mahukannya, tetapi tidak ramai yang tahu cara melakukannya.

Sebenarnya, tidak mudah, tetapi tidak juga susah. Anda tetap perlu melakukan sesuatu. Kalau sekadar mengharapkan duit tiba-tiba datang bergolek, lupakan saja artikel ini.

<< Anda boleh juga pergi pada perkongsian kami idea perniagaan dari rumah di sini .

idea perniagaan dari rumah

Tetapi caranya bagaimana? Di bawah ini ada 10 cara bagaimana buat duit ketika tidur. Dalam erti kata lain, inilah pendapatan pasif yang membolehkan anda menjana pendapatan walaupun sedang tidur.

1. MULAKAN DENGAN BLOG

Mungkin cara paling popular meraih pendapatan pasif ialah dengan menghasilkan blog sendiri. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk dibuka dan murah pula untuk bermula – hanya beli nama domain dan bayar hosting.

Selepas itu, mula mencipta kandungan blog menarik yang membuatkan pembaca berminat untuk membaca dan berkongsi. Misalnya, jika anda seorang akauntan yang membantu pemilik bisnes kecil menguruskan cukai, anda boleh ceritakan tugas dan pengalaman itu dalam blog.

Pastikan topik yang ditulis itu popular. Anda boleh juga menulis topik tidak popular seperti perihal binatang kesayangan di rumah, tetapi siapa pula mahu membacanya? Tetapi anda sendiri tidak tahu sama ada ia popular atau tidak. Apa yang penting, tulis!

<< Klik sini jika anda berminat nak tahu cara buat laman website 

Sebaik saja blog anda mengumpul peminat atau pengikut, anda boleh mula membuat duit seperti:

  • Komisen Afiliat

Cara ini adaah apabila anda menjual produk atau perkhidmatan orang lain di laman web anda. Pastikan produk atau perkhidmatan itu relevan. Misalnya, jika anda menulis blog mengenai akauntan, seeloknya anda menyertai afiliat untuk menjual perisian invois atau perakaunan.

Komisen afiliat dibayar berasaskan kod khas pada iklan yang dipaparkan dalam laman web anda. Anda akan dibayar jika ada pelanggan membeli menerusi pautan iklan dalam laman web anda itu.

  • Iklan Sendiri

Jika laman web anda ada cukup trafik sebagai afiliat, pengiklan akan tertarik untuk membeli iklan di laman web anda. Anda mungkin bermula kecil, seperti menetapkan caj di bawah RM100 bagi setiap iklan. Tetapi, suatu masa nanti tidak mustahil anda boleh menggandakan ia kepada empat digit. Apa yang penting, laman web anda mesti berkualiti.

  • Cari Penaja

Cara ini agak berbeza berbanding menjual iklan di laman web. Penajaan mungkin dibuat dalam bentuk kandungan penulisan yang ditaja atau logo tetap yang ditampal di laman web anda.

2. JUAL SENDIRI MAKLUMAT PRODUK

Jika anda cukup mahir dalam bidang tertentu, anda boleh mula mewujudkan produk seperti buku elektronik (e-book) atau video, dan menjualnya menerusi blog anda.

Ia mungkin memerlukan anda membuat sedikit kerja dan cuba memasarkan produk itu, tetapi apabila segalanya selesai, anda boleh terus mengutip hasilnya.

3. DAPAT ROYALTI

Jika berbakat dalam muzik, lakonan atau penulisan, anda boleh mendapat royalti daripada kerja anda. Dalam erti kata lain, anda dibayar kerana aset kerja atau kreativiti yang anda miliki.

4. WUJUDKAN KOMUNITI KEAHLIAN

Jika berjaya buktikan kredibiliti diri, anda boleh menubuhkan komuniti keahlian di mana yuran bulanan atau tahunan boleh dikutip sebagai bayaran kepada kandungan berkualiti tinggi dan maklumat yang tidak diterima oleh pembaca bukan ahli.

Timothy Sykes ialah contoh seorang penulis yang meraih pendapat mencecah AS$100,000 (RM445,749) sebulan bagi khidmat nasihat menghasilkan wang secara jual beli saham.

Ingin menceburi bidang Digipreneur dengan lebih mendalam? Sertai program kami “Digital Enterpreneur” dengan klik Gambar di bawah.

 

5. PASANG AUTORESPONDER

Antara model bisnes online yang biasa digunakan masa kini ialah autoresponder untuk menjual servis, produk atau keahlian. Caranya adalah dengan mendapatkan alamat e-mel di laman web anda, dan kemudian pembaca akan menerima penghantaran e-mel automatik yang memuatkan pautan ke laman web anda sama ada untuk memuat turun produk, maklumat tentang tawaran produk dan respons susulan dengan pelbagai siri e-mel.

getresponse-email-marketing-malaysia-programusahawan

6. LAMAN WEB FLIP

Jika anda mengambil banyak masa dan usaha untuk membangunkan laman web dan ada banyak trafik, anda mungkin boleh menjualnya kepada mana-mana pihak yang berminat.

7. JUAL PRODUK FIZIKAL

Sama seperti laman blog, ada beberapa cara untuk mendapat pendapatan pasif dengan menjual produk fizikal. Antara cara terbaik yang boleh dilakukan ialah menjual barangan terpakai anda di eBay. Malah, jika anda tiada apa-apa pun, anda masih boleh menjual secara ‘drop shop' atau wakil jualan. Inilah cara mudah bagaimana anda menjual barang tanpa memerlukan anda menyelenggara sebuah laman web jual beli online yang rumit.

8. LABUR DALAM SAHAM

Apabila anda melabur dalam saham, anda secara tidak langsung menjadi pemegang saham yang melayakkan anda berkongsi keuntungan sesebuah syarikat.

Melabur dalam saham adalah cara popular untuk meraih pendapatan pasif selama bertahun-tahun. Terima kasih kepada Internet kerana menjadikan proses pelaburan saham semakin mudah. Pelaburan saham boleh berubah pada pelbagai peringkat hidup bergantung matlamat dan tujuan anda.

9. SEWAKAN HARTANAH

Ini ialah contoh klasik mendapatkan wang ketika sedang tidur. Sewakan saja aset hartanah anda, apatah lagi jika rumah anda itu tidak pernah diduduki. Malah, anda boleh juga sewakan garaj, parkir dan ruang pejabat. Cara ini boleh memberikan anda pendapatan tambahan tanpa perlu melakukan kerja-kerja perancangan bisnes yang rumit kecuali meletakkan papan iklan.

10. LANTIK ORANG TENGAH

Lakukan cara ini apabila anda memiliki seseorang yang boleh melakukan kerja untuk anda. Misalnya, anda boleh menggajikan penulis untuk menulis di blog anda dengan memberikan sejumlah bayaran tertentu. Ini termasuk kerja-kerja lain seperti perkhidmatan penghantaran atau kurier dan sebagainya. Ataupun, anda pandai menulis atau memberikan apa-apa perkhidmatan, tetapi kurang mahir hal pemasaran atau pengiklanan. Jadi, anda boleh saja melantik ejen dengan bayaran komisen tertentu untuk mendapatkan wang buat anda.

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda atau yang memerlukan tip ini . Dan jangan lupa komen di ruangan yang di sediakan.

(Visited 1,211 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Scroll to Top