Menurut salah seorang “salesman” terbaik di dunia, Joe Girard terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan jenama dan bisnes kita. Beliau merupakan “salesman” kereta dimana beliau mampu menjual 4 atau 5 buah kereta dalam masa sehari. Sungguh mengkagumkan!
Jadi kita seharusnya mencontohi beliau dalam meningkatkan pendapatan perniagaan. Disini ada sedikit perkongsian beliau dalam meningkatkan jenama bisnes. Sebelum itu, jika anda belum mempunyai jenama untuk perniagaan sila rujuk post dari entry sebelum ini.
Sila rujuk link di bawah:
- Tip untuk Memulakan Perniagaan.
- Kenapa Perlu Membina Jenama Perniagaan Anda.
- Cara Cipta Logo perniagaan Anda dengan berkesan
Buat Blog atau “website”
Untuk permulaan, bina blog yang “simple” dimana kita boleh kongsikan pengalaman, idea, tip, dan sumber untuk bantu pelanggan. Melalui cara ini, Joe Girard ada tekankan konsep “give, give, give and ask”.
Ianya bermaksud kita kongsikan idea dan tip kepada pelanggan dan satu hari nanti mereka akan panggil dan bayar kita untuk kongsikan pengalaman atau tip.
Jika anda tidak tahu cara untuk penulisan berkesan untuk perniagaan anda dan membina jenama, sila klik link banner di bawah.
Menawarkan bantuan kepada yang memerlukan
Kita juga perlu berkomunikasi dengan ramai orang, bukan sahaja untuk bercerita tentang bisnes kita, tapi boleh juga bertanyakan tentang bisnes yang mereka lakukan. Walau apa pun bisnes mereka, cuba bantu mereka tanpa jangkaan balasan atau dengan nama lain ikhlas.
Sebagai contoh, “target” satu kumpulan atau individu yang baru memulakan bisnes. Kemudian, kenalkan mereka dengan pelanggan yang berpengaruh, bagi sumber atau tip berkaitan bisnes atau jemput mereka untuk hadir dalam sesuatu majlis bisnes.
Melalui cara ini, mereka akan rasa dihargai dan akan sentiasa berjumpa kita untuk berkongsi pendapat kerana percaya akan kebolehan kita dalam bisnes.
Sediakan maklumat bernilai secara “online”
Tahukah kita, yang kita boleh tingkatkan jenama bisnes secara “online” dan tolong pelanggan dalam forum. Contohnya, buat “FB group” dan masukkan pelanggan dalam “group” itu.
Dalam “group”, kita boleh kongsikan pelbagai maklumat sama ada pengalaman sendiri atau jawab soalan dari pelanggan. Tapi dalam setiap “pages” perlu disertakan “link” bisnes supaya mereka boleh berjumpa kita semula untuk meminta pendapat dan pandangan.
Tawarkan lebih info kepada pelanggan
Lihat kembali maklumat yang kita sampaikan kepada pelanggan, adakah ianya cukup? Perlukan maklumat tambahan? Jika kita terlalu fokus untuk mencari tunai, mungkin kita akan kehilangan kepercayaan pelanggan terhadap bisnes kita.
Ini kerana kepercayaan dari pelanggan adalah penting untuk bisnes kita. Jadi tidak salah jika kita kongsikan lebih info bisnes berguna kepada pelanggan.
Sebagai contoh, dalam blog kita sudah kongsikan banyak info bisnes yang berkaitan cara untuk buka bisnes. Tetapi adakah ianya mencukupi? Bagaimana pula cara untuk konsistenkan bisnes? Jadi kita perlu sentiasa menawarkan lebih info kepada mereka.
Dalam bisnes kita digalakkan untuk membantu rakan bisnes kita. Ini kerana sedikit yang kita kongsikan banyak manfaatnya kepada kita seperti mereka akan lebih menghormati kita dan percaya akan kebolehan yang kita ada.
Percayalah, banyak ilmu yang kita kongsi, lagi banyak ilmu yang kita akan perolehi.
Artikel ini di tulis oleh :
Nama:Nadirah Atan