Di zaman kegawatan ekonomi ini, ramai orang yang mempunyai impian dan keinginan untuk mempunyai sesebuah perniagaan untuk menambah pendapatan, disamping bekerja dalam sesebuah organisasi.
Canadabusiness.ca merupakan blog bisnes yang banyak menjadi rujukan usahawan-usahawan terkemuka, turut kongsikan tip cara memulakan perniagaan. Mula berniaga bukanlah satu perkara yang mudah. Jadi, berikut adalah antara tip-tip yang boleh digunakan :
Buat Kajian Perniagaan Anda
Sebelum memulakan perniagaan, kita perlu lakukan kajian berkaitan perniagaan kita supaya kita lebih bersedia dan memahami perjalanan perniagaan kita. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah:
- Fahami perniagaan – Punyai ciri orang berniaga, faham kesan berniaga, tahu peluang berniaga.
- Fikirkan idea – Buat kajian sama ada idea kita original, siapa nak beli produk kita?, cara nak memasarkan produk.
- Bisnes “plan” – Tahu cara membina rancangan perniagaan yang berkesan, rancang kesinambungan bisnes dan cara info percuma untuk “market research”.
- Beli atau buat perniagaan sendiri – Kita perlu tahu kelebihan dan kekurangan sama ada beli yang sedia ada (“francais” atau company orang lain) atau buat bisnes sendiri.
- Struktur bisnes – Kena faham struktur perniagaan sama ada milikan tunggal, perkongsian, perbadanan dan koperasi.
Di bawah ini kami ada berikan beberapa model perniagaan yang boleh di gunakan mengikut kesesuaian kepada minat dan perancangan anda. Klik Banner di bawah untuk kepada laman berikut.
Senarai semakan mula Berniaga
Sebelum jalankan perniagaan, kita perlu senaraikan semua perkara penting yang diperlukan seperti:
- Bisnes “plan” – Cipta “plan” kukuh, buat “market research”, struktur bisnes, namakan bisnes, lokasi mula bisnes, “market & sales” dan aktiviti perniagaan.
- Kewangan – Perlu tahu sama ada perlukan pinjaman modal dari pihak bank atau tidak dan sediakan semua dokumen penting.
- Daftar bisnes – Permit dan lesen, nombor daftar bisnes, daftar tax dan GST.
Buat Bisnes Model
Selepas faham dan lakukan “research” kita perlu tahu tujuan bisnes kita, target pelanggan, matlamat bisnes dan tahu cara untuk biayai kos permulaan. Melalui bisnes model yang baik, ia juga akan menggambarkan bisnes kita pada masa depan.
Kebiasaanya bagi yang mahu memulakan perniagaan, kita akan menggunakan “Business Model Canvas” (BMC). Ianya sangat berguna untuk model bagi menjana pendapatan perniagaan dan menguruskan risiko semenjak bisnes kita masih dalam perancangan lagi.
BMC merupakan satu kanvas yang digunakan untuk menguji kekukuhan idea bisnes yang bakal atau sedang kita jalankan. Ia juga adalah ilmu asas yang wajib kita diketahui dalam perniagaan dan digunakan untuk memulakan bisnes, menambahbaik atau memulihkan bisnes dan meluaskan empayar bisnes.
Berikut adalah 9 segment yang digunakan dalam BMC dan ikuti langkah-langkahnya. Seperti gambar yang disediakan dibawah, nombor 1 sehingga 4 adalah bahagian yang penting. Kita seharusnya lengkapkan bahagian tersebut dahulu sebelum terus ke bahagian lain.
Rancang Kewangan Bisnes
Kita perlu tahu cara untuk mendapatkan modal sama ada perlukan pinjaman bank atau guna duit sendiri. Amat sukar untuk dapatkan pinjaman bank tetapi ia mungkin adalah cara yang terbaik.
Sebagai contoh, jika kita gagal untuk membuat pinjaman bank, ada banyak lagi agensi yang menawarkan pinjaman kepada bumiputera seperti MARA, TEKUN dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Kalau tidak tahu untuk cara untuk menguruskan akaun perniagaan anda, boleh klik banner di bawah.
Namakan Bisnes
Dalam pemilihan nama syarikat, ia adalah penting. Ini kerana untuk mencari nama yang komersial dan mudah diingati pelanggan bukan perkara yang mudah. Kita juga perlu mencari nama yang sesuai dan menggambarkan jenis bisnes yang kita lakukan.
Antara contohnya ialah, kita harus pilih nama yang berkaitan dengan perniagaan kita. Seterusnya, ianya boleh menarik perhatian para pengguna apabila mendengarnya dan “keep it short and simple” (KISS).
KISS adalah cara yang baik untuk digunakan dalam memilih nama syarikat. Kita seharusnya menamakan bisnes kita dengan nama yang singkat, menarik dan mudah untuk disebut. Jika kita gunakan nama yang panjang keberangkalian untuk pelanggan sukar mengingati adalah tinggi.
Antara contoh nama bisnes yang berjaya dan dikenali di Malaysia ialah SapuraKencana Petroleum Berhad, Sime Darby Berhad dan Sani United Sdn Bhd . Manakala di luar negara ialah Facebook, Toyota dan Walmart.
Lihat Juga beberapa perkongsian sebelum ini di post ProgramUsahawan.com
- 5 Jenis Pelanggan Kita Patut Tahu Untuk Perniagaan Runcit
- 6 Sebab Jenama Sangat Penting Untuk Bisnes Baru
- Perkara Wajib Kita Tahu Untuk Cipta Logo Produk dan Perniagaan
Daftarkan Bisnes
Apabila sudah mendaftar bisnes di SSM, kita akan peroleh lesen perniagaan dan barulah boleh memulakan bisnes secara sah disisi undang-undang.
Anda Boleh Layari Suruhanjaya Syarikat Malaysia. [ Suruhanjaya Syarikat Malaysia]
Permit, Lesen dan Peraturan
Kita perlu pastikan jenis permit dan lesen yang sesuai dan diperlukan oleh syarikat kita. Seterusnya, kita juga perlu tahu semua perturan yang telah ditetapkan sama ada import, eksport, pemasaran dan pekerja.
Semua perkara diatas kita perlu tahu dan fahami kerana ianya adalah penting dalam mewujudkan sesebuah perniagaan. Setelah memperolehi permit dan lesen perniagaan, kita boleh melakukan bisnes secara sah disisi undang-undang.
Ini juga boleh meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Seterusnya, ianya adalah peraturan dan undang-undang negara dalam menubuhkan sesebuah perniagaan.
Pengambilan Pekerja
Mencari pekerja yang sesuai dengan bisnes kita dan yang boleh membantu dalam memberi idea yang bernas.
Sebagai contoh, untuk bisnes pakaian, kita perlu mencari pekerja yang mempunyai bakat dalam bidang fesyen. Ini kerana kita boleh berkongsi pendapat dalam “design” pakaian dan jenis fesyen terkini.
Kita juga perlu simpan maklumat pekerja seperti latar belakang, gaji dan lain-lain. Maklumat pekerja adalah penting kerana jika ada kecemasan, seperti kemalangan, kita boleh rujuk fail pekerja untuk telefon keluarga mereka.
Antara tip dalam pemilihan pekerja adalah:-
- Komitmen – Memilih pekerja yang boleh memberi komitmen yang bagus dalam melakukan setiap tugasan yang diberi.
- Ujian kemahiran dan pengetahuan – Jangan menguji mereka melalui “resume” sahaja kerana ianya juga boleh ada unsur penipuan. Uji mereka menggunakan pelbagai kaedah.
- Pelajar praktikal – Semasa praktikal, kita boleh tahu cara mereka bekerja sama ada boleh memberi sepenuh komitmen atau tidak kepada bisnes kita. Dari situ kita boleh memilih pekerja yang bagus.
Lokasi Syarikat yang Strategik
Cari lokasi yang sesuai, perlu tahu sama ada perlu sewa, atau kerja dari rumah. Semua ini ada kelebihan dan kekurangan, jadi kita perlu pertimbangkan dengan bisnes kita, dan rujuk semula bisnes “plan”.
Lokasi yang strategik juga boleh membantu kita dalam proses jualan. Sebagai contoh untuk membuka butik pakaian, lokasi yang strategik adalah di kawasan “shopping” kompleks.
Antara faktor yang penting dalam pemilihan lokasi bisnes adalah:
- Jenis perniagaan – Ini bermaksud kita perlu mencari lokasi yang bersesuaian dengan jenis bisnes kita. Sama ada formal atau tidak.
- Pelanggan – Kita perlu kenal pasti pelanggan dan adakah kita dapat memenuhi kehendak mereka?
- Persaingan – Kenalpasti siapa pesaing kita yang berdekatan. Contohnya jika kita membuka butik, kita perlu mencari lokasi yang kurang pesaing. Ianya sesuai untuk bisnes yang baru ditubuhkan.
- Tempat letak kereta – Mencari lokasi yang mempunyai kawasan letak kereta bagi memudahkan pelanggan datang ke kedai atau pejabat kita.
Untuk memulakan perniagaan, kita perlu lakukan beberapa “research” berkaitan bisnes yang ingin kita jalankan. Jadi cuba kita senaraikan perkara penting dan sediakan dokumen yang diperlukan. Oleh itu kami ada mengadakan kursus khas untuk mereka yang ingin bermula berniaga dan mereka yang ingin serius dalam dunia perniagaan.
Klik gambar dibawah untuk melihat tarikh kursus mula berniaga di jalankan
Artikel ini di tulis oleh :
Nama: Nadirah Atan