berguru-lumrah-bagi-seorang-ahli-perniagaan-program-usahawan

Berguru Lumrah Bagi Seorang Ahli Perniagaan

Sejak dari kecil, kita sering dilatih untuk mengajar erti kehidupan. Saat kita masih bayi, ibubapa menjadi guru kita dalam mengajar cara berjalan, makan, bercakap dan sebagainya. Kemudian kita memasuki dunia pembelajaran. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah seterusnya masuk ke Menara gading, kita belajar dengan guru kita.

berguru-lumrah-bagi-seorang-ahli-perniagaan-program-usahawan

Namun, setelah berakhirnya zaman-zaman tersebut, kita ibarat sudah lupa gaya hidup sedemikian. Kita lupa untuk berguru berkenaan kehidupan kita. Bagi seorang ahli perniagaan, guru digelar mentor dan ia merupakan satu kewajipan serta keperluan dalam berbisnes.

Jika kita melihat bangsa yang amat arif dalam dunia perniagaan, iaitu bangsa cina, mereka meletakkan keutamaan berguru sebelum memulakan perniagaan. Sebahagian golongan mereka memilih untuk berkuli selama dua tahun dalam bidang perniagaan yang mereka ingin cemburui. Mereka menyedut sebanyak ilmu yang mereka perolehi ketika mereka berkuli. Kemudiannya mereka memulakan perniagaan yang baru. Namun, mereka masih merujuk kepada pakar yang sudah lama dalam bidang tersebut.

Dalam konsep M.E.S.T.I., M merujuk kepada mentor. Mentor diletakkan di awal perkataan bagi mengambarkan keutamaan mentor dalam kehidupan. Mentor dirujuk bagi memudahkan kita dalam mengharungi jongkang-jongket perniagaan. Mereka mampu mengelakkan kita daripada jatuh terduduk serta mempercepatkan bisnes kita untuk lebih berkembang. Jika dahulu kita sukar untuk mencari mentor di kalangan orang melayu, namun harini ia nya menjadi mudah kerana sudah ramai bangsa melayu yang rela untuk menjadi guru kepada pendatang baru dalam perniagaan.

Antara ciri-ciri mentor yang terbaik ialah beliau sudah lebih 10 tahun dalam bidang bisnes berkenaan. Beliau pasti sudah merasa pahit manis dalam bisnes tersebut. Selain itu, mentor tersebut sudah dapat keuntungan yang lumayan daripada bisnes tersebut. Tambahan juga, mentor berkenaan mestilah tidak terlibat dalam gejala-gejala sosial yang tidak baik. Akhir sekali, mentor itu rela berkongsi ilmu tanpa menyimpan sebarang rahsia.

Bagi yang baru memulakan bisnes, carilah mentor anda. Bina hubungan yang baik dengannya. Tuntutlah ilmu tanpa jemu. Saya mendoakan agar anda mendapat mentor yang superb dan  rezeki yang berkah dari Nya. Sekian.

Artikel ini di tulis oleh : 

Jom Sertai Kami Hari ini

Dapatkan diskaun, tip, peluang, jaringan perniagaan serta beberapa manfaat lain. Keahlian adalah percuma .

I agree to have my personal information transfered to GetResponse ( more information )

www.ProgramUsahawan.com

Nama: Umar Osman

(Visited 122 times, 1 visits today)

Leave a Comment