PENIAGA VS USAHAWAN - Program Usahawan

PENIAGA VS USAHAWAN

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya melihat dari hari ke hari makin ramai menceburi bidang niaga. tidak kiralah yang menjual barang orang lain, buat produk sendiri mahupun berniaga nasi lemak Anak Dara sekalipun. Tahniah saya ucapkan.

PENIAGA VS USAHAWAN - Program Usahawan

Tapi tahukah anda berapa ramai daripada mereka ini berhenti di pertengahan jalan? Kajian mengatakan hampir 90% bisnes tutup dalam 3 tahun pertama. Yang berniaga tepi jalan tutup, yang menjaja lingkup tidak terkecuali juga yang mempunyai premis juga gulung tikar. Bukan mahu menakut-nakutkan anda, tetapi inilah hakikatnya. Kerana apa? Kerana mereka hanya memiliki sifat seorang peniaga bukan seorang usahawan.

Apa yang membezakan  peniaga dan seorang usahawan?

5 Sifat ini yang perlu anda miliki untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Niat dan matlamat yang jelas.

Mengetahui apa yang perlu anda lakukan akan membantu anda untuk membuat apa-apa keputusan dengan lebih pantas dan sebaliknya berlaku sekiranya anda tidak mempunyai matlamat. Tanpa matlamat anda akan sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang tidak penting dan kadangkala tidak berfaedah. Tetapkan niat anda. Mengapa aku mahu berbisnes? Kemana aku nak bawa bisnes ini dalam 10 tahun akan datang? Dengan niat sepanjang usaha anda pasti akan lebih terpandu.

Sentiasa focus.

Sentiasa focus kepada matlamat anda. Lakukan perkara yang membawa anda mencapai matlamat trsebut. Tinggalkan semua perkara yang sia-sia. Ia akan melambatkan anda mncapai matlamat anda.

Belajar daripada mentor

Semua usahawan-usahawan yang telah berjaya di luar sana, mereka tidak bergerak berseorangan. Pastinya mereka mempunyai mentor yang menjadi tulang belakang kepada mereka. Nasihat, dorongan serta ilmu-ilmu mereka curahkan kepada sesiapa sahaja yang mahu berlajar dengan mereka. Cari mentor bisnes yang mempunyai niche bisnes seperti anda. Jika anda menjalankan bisnes bidang makanan, maka carilah mentor yang menceburi dalam bidang yang sama. Keluar dan carilah mentor bisnes anda.

Strategi adalah satu elemen yang penting bagi kejayaan sesebuah perniagaan. Perancangan strategik adalah berkaitan dengan masa, kemahiran dan motivasi diri.

business-strategy-program-usahawan

Klik Disini

Don’t stop learning

Ilmu bisnes tidak pernah berhenti berkembang. Ia selalu berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Makin banyak anda belajar, makin banyak perkara yang anda tidak tahu. Bagai pepatah “ Ilmu ini umpama lautan”. Banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui. Sentiasa menghadiri seminar bengkel kelas bisnes. Jangan pernah menganggap diri anda sudah cukup ilmu bisnes. Keep learning!

Usah putus asa

Bisnes bukan sesuatu perkara yang mudah. Kalau mudah, pastinya ramai yang berbisnes. Segala apa yang berlaku sepanjang perjalanan bisnes anda, jangan berputus asa. Jangan jadikan ‘henti’ itu satu pilihan. Kalau anda gagal pada bisnes pertama, cuba lagi, cuba dan terus mencuba.

Kesimpulannya, ini lah sifat-sifat seorang usahawan Berjaya. Sifat yang juga membezakan antara peniaga biasa dan seorang usahawan Sifat ini bukan boleh dimiliki dengan mudah. Ia mungkin mengambil masa setahun dua tahun, malah sepuluh tahun. Teringat kata-kata mentor saya “Anyone can be business owner but not everyone can be entrepreuner”.

Artikel ini di tulis oleh : 

Nama: Ahmad Noor Rasydan Hamidun

(Penerima Anugerah Usahawan Mahasiswa Cemerlang PKNS 2016)

 

(Visited 1,081 times, 1 visits today)

Leave a Comment