5-cara-menambah-pendapatan-secara-serentak-oleh-mahasiswa-program-usahawan

5 Cara Menambah Pendapatan Secara Serentak oleh Mahasiswa/wi

Zaman menginjak 2017 ini, ekonomi semakin ‘tough’. Ini ‘memaksa’ pelajar universiti untuk menambah pendapatan tanpa bergantung kepada ibu bapa. Kepada yang sudah ada pengalaman dan ada bisnes sendiri, tahniah buat anda. Kepada yang belum ada pengalaman, anda belum terlambat untuk memulakan.

5-cara-menambah-pendapatan-secara-serentak-oleh-mahasiswa-program-usahawan

Untuk sekadar menambah pendapatan semasa belajar, kita tidak perlu untuk memikir sesuatu yang ‘out of the box’. Yang penting, kita pandai mengambil peluang. Kita berniaga sesuatu yang high demand dan tidak menggunakan kos yang banyak. Rezeki Tuhan luas dan senang sangat nak cari. Mahu atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri. Disini saya saya senaraikan bisnes yang saya pernah lakukan dan sedang lakukan sebagai pelajar universiti.

Printing Service

Kenapa saya katakan perkhidmatan percetakan sebagai bisnes yang high demand dan low cost? Saya dan anda pelajar. Rakan sebilik saya dan rakan sebilik anda juga pelajar. Rakan bilik depan, tingkat bawah dan tingkat atas juga pelajar. Jika saya dan anda mencetak nota untuk setiap subjek, mereka juga begitu. Permintaan ini akan lebih tinggi semasa hari perperiksaan.

Ada sesetengah mereka baru hendak mencetak nota, ada yang mahu mencetak tugasan, ada yang mahu mencetak slip perperiksaan. Dan benda ini semua selalunya berlaku pada waktu malam dimana kedai sudah pun tutup. Mesin pencetak mahal? Mengapa beli yang baru jika ada yang mahu menjual yang terpakai?

Saya pernah mencetakkan nota yang berharga RM30 untuk seorang rakan bilik saya. Bagi dia, mengapa perlu pergi jauh untuk mencetak sedangkan saya ada untuk cetakkan nota dia? Ini baru seorang, dan satu subjek. Bayangkan jika satu blok dan semua subjek nota dicetak.

Menjual Makanan

Adakah anda setuju bahawa menjual makanan adalah salah satu perniagaan yang menguntungkan? Ya, margin keuntungan makanan adalah tinggi. Tidak perlu makanan yang perlukan banyak alatan. Cukup lah sekadar makanan yang boleh dibuat hanya didalam bilik. Makanan yang saya maksudkan adalah ‘sandwich’. Bisnes ini saya belum pernah buat tetapi mempunyai perancangan pada masa hadapan.

Tetapi saya mahu bercerita berdasarkan pengalaman kawan saya. Keuntungan dia buat dalam masa sehari boleh mencecah RM100. Hanya dengan bermodalkan roti dan inti roti. Nampak senang tetapi ianya memerlukan komitmen yang tinggi yang penting lumayan. Julat harga boleh dijual dari RM1 ke RM2 bergantung pada inti. Untuk jualan  yang lumayan, harus lah dijual dari bilik ke bilik. Ramai pelajar pasti beli terutama jika dijual pada waktu malam dan masa perperiksaan. Cubalah!

Tutor

Tahukah anda bahawa didalam senarai 5 jenis modal dalam bisnes, modal duit adalah modal yang ke-5? Jadi, apakah modal bisnes yang pertama? Modal bisnes yang pertama adalah modal diri. Seterusnya modal ilmu, modal kemahiran, modal ‘networking’ dan yang terakhir modal duit. Menjadi tutor adalah modal diri dan ilmu. Jika tidak ada keyakinan dalam diri, bermula dengan menjadi tutor kepada pelajar sekolah rendah terutama pelajar darjah enam yang bakal menduduki perperiksaan UPSR.

Target terdekat adalah anak-anak jiran rumah ataupun anak-anak pensyarah. Mengikut pengalaman saya mengajar anak jiran, saya dibayar mengikut kemampuan ibu mereka dimana selalunya RM 25 sehari untuk 2-3 jam mengajar. Lumayan bukan? Dengan hanya berbekalkan ilmu. Jika rasa diri berkelayakan untuk mengajar ke peringkat seterusnya, boleh mengajar pelajar PMR dan SPM. Lebih mudah jika memohon terus ke Pusat Tuisyen berdekatan. Rasanya mengajar subjek UPSR adalah sangat mudah. Jangan gelar diri pelajar universiti jika anda tidak mampu mengajar pelajar UPSR. Ops

Dropship

Apa itu ‘dropship’? Tugas dropship adalah mempromosikan barang pembakal di mana-mana laman sosial. Apabila pembeli sudah membuat pembayaran, kita pula akan membuat pembayaran kepada pembekal dan pembekal yang akan uruskan membungkusan barang, pengeposan dan lain-lain. Bagaimana kita mendapat untung? Selama menjadi dropship selama 3 tahun, saya mengenal pasti 2 jenis cara dropship dan ini ditentukan oleh pembekal.

Saya akan terangkan melalui contoh:

CARA 1: Harga item yang pembekal jual adalah RM25. Kita akan diberi 25%  keuntungan dari harga sebenar. Contoh, pembekal menjual harga RM25 dan kita juga perlu menjual item tu dengan harga RM25. Jika ada pembeli, pembeli akan membayar kita dengan harga RM25 TETAPI kita akan membayar kepada pembekal dengan harga RM18.75. Kenapa? Sebab 25% (RM6.25) daripada harga item itulah keuntungan kita.

Pembekal yang tegas dengan harga item biasanya kerana dia hendak menjaga kualiti barangnya. Dia tidak mahu wujud saingan harga antara dropship dan juga pembekal. Pembekal begini biasanya mempunyai jenama sendiri dan perniagaan masih kecil.

CARA 2: Harga item yang pembekal jual adalah RM25. Kita sebagai dropship akan diberi harga RM20. Kita boleh menjual semula item itu dengan harga pasaran. Sebagai contoh RM30 atau RM35. Kita boleh tentukan keuntungan kita untuk setiap item.

Biasanya pembekal begini mengambil barang dengan harga borong. Selalunya dari luar negara. Bermakna dia juga menjual barang orang lain. Cumanya dia menyimpan barang dan kita tidak.

Kesimpulannya, menjadi dropship sangat sesuai untuk pelajar kerana ianya bermodalkan hanya telefon pintar dan media sosial. Internet? Pelajar universiti boleh menggunakan peluang wifi free di universiti. Untung juga atas angin. Pembeli tidak limit kepada pelajar sahaja. Malah, penjawat awam juga boleh membeli dari kita.

Anda boleh lihat juga : 

Idea Bisnes Modal Rendah Lagi Menguntungkan!

Artikel ini di tulis oleh : 

Nama: Nurul Atikah Mat Zameri

(Visited 479 times, 1 visits today)

Leave a Comment