MENJADI seorang bos memang satu tekanan. Anda bukan saja perlu menguruskan prestasi syarikat, tetapi perlu juga berdepan dengan pelbagai ragam manusia, iaitu pekerja anda sendiri. Pernahkah anda ambIl tahu apakah persepsi pekerja terhadap anda sebagai bos?

Anda - Bos Yang Hebat Kalau..

10 perkara di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk menilai kehebatan anda sebagai bos. Anda perlu ingat, bos terhebat ialah seorang ketua yang mampu mencungkil potensi dan bakat pekerjanya untuk dimanfaatkan syarikat, bukan sekadar menyuruh mereka melakukan rutin yang bosan tanpa ada sebarang kemajuan.

1. TIDAK PILIH KASIH

Sikap pilih kasih ialah peluru yang mampu membunuh moral pekerja-pekerja anda. Setiap manusia tidak dilahirkan dengan keupayaan dan kemahiran yang sama. Jadi, anda sebagai bos perlu untuk tidak menunjukkan sikap pilih kasih kepada mana-mana pekerja walaupun hakikatnya anda ada pekerja kegemaran tertentu. Kenapa? Sikap pilih kasih hanya akan melemahkan moral dan menyekat produktiviti pekerja lain untuk cuba melakukan sesuatu yang mampu mengagumkan anda

2. LAYAN PEKERJA SEPERTI MANUSIA

Sesetengah bos cenderung mengherdik pekerja mereka yang kononnya sebagai teknik motivasi berkesan. Sebenarnya tidak betul pun. Pekerja anda bukan robot atau mesin. Jika anda melihat pekerja dari sisi kemanusiaan, anda sebenarnya sedang dalam proses menjadi seorang bos yang terhebat.

Jom sertai Program yang dianjurkan oleh ProgramUsahawan.com dengan mempelajari cara pentadbiran yang terkini dan korporat.

 

3. BERUSAHA MELAKUKAN SESUATU YANG BARU

Bos yang baik akan menggunakan kaedah tertentu untuk melakukan sesuatu yang terbaik dan bukan kekal dalam tabiat tertentu. Bos yang baik akan memberikan ‘ruang kecil' kepada pekerja mereka untuk bereksperimen atau melakukan sesuatu perkara baharu.

4. ANDA BUATKAN SEMUA ORANG BERTANGGUNGJAWAB

Mengekalkan kebertanggungjawaban adalah bahagian penting bagi moral di pejabat. Menggalakkan setiap pekerja bekerja dengan penuh integriti akan mewujudkan budaya kerja yang cemerlang.

5. TIDAK MENUNDING JARI

Bos yang baik tidak menjadikan seseorang atau sesuatu perkara sebagai kambing hitam apabila berlaku kelemahan atau kerugian ke atas syarikat. Sesiapa saja tidak terlepas membuat kesilapan. Namun kesilapan jugalah yang menjadi pendorong kepada kejayaan asalkan anda sebagai bos jadi bijak dalam memberikan peluang dan motivasi. Bos yang hebat tidak akan mewujudkan suasana bekerja tidak sihat yang membuatkan pekerja-pekerja takut menonjolkan diri kerana bimbang disalahkan apabila tersilap.

6. BERCAKAP DENGAN SOPAN

Sebagai seorang bos, anda sebenarnya sudah pun meraihkan penghormatan daripada pekerja anda. Jadi anda tidak perlu pun memburukkan reputasi sendiri dengan sikap bengis dan lontaran suara seperti singa mengaum. Cukup saja bercakap dengan sopan dan ‘berisi'. Ingat, pekerja anda bukan budak-budak lagi.

7. BERI SOKONGAN

Bos sepatutnya membina kepercayaan dalam kalangan pekerja dengan memberikan mereka sokongan dan panduan. Bukankah lebih baik anda memilih untuk memimpin tangan seseorang berbanding mencampakkan dia?

8. RUNTUHKAN PENGADANG

Bos tidak sepatutnya membina tembok tebal di sekelilingi mereka hingga menyekat kebebasan dan potensi pekerja sendiri. Jangan hairan jika ramai kalangan kita pernah ada pengalaman memiliki bos yang langsung tidak mahu berbual dengan pekerja mereka. Ia sebenarnya tidak bagus.

Pelajari Autopilot perniagaan yang terkini yang mampu menyelesaikan masalah perniagaan anda dengan hanya menyertai program yang dianjurkan ProgramUsahawan.com dengan klik gambar dibawah.

9. JURULATIH TERBAIK

Jurulatih tidak hanya duduk di bangku sambil menunjuk-nunjukkan jari. Mereka juga tidak berlari di dalam padang (melainkan anda seorang jurulatih bola sepak). Bos yang baik ialah jurulatih yang baik. Mereka mampu melontarkan arahan dengan penuh hormat dan tegas, serta pada masa sama memberikan pujian dan kritikan membina supaya pekerja dapat menonjolkan kehebatan diri masing-masing.

10. MAMPU MENGURUSKAN SITUASI

Bos yang teruk akan membuatkan pekerja-pekerja kecewa dan keliru dengan memberikan gambaran salah tentang sesuatu situasi dalam pejabat atau syarikat. Bos yang baik perlu jujur dan terbuka, serta pada masa sama mempunyai motivasi tinggi dan tidak mudah putus asa. Apa akan jadi apabila seorang jeneral perang dengan mudah mengangkat bendera putih hanya selepas tewas sedikit?

Lihat juga beberapa post menarik kami di sini:

1) Bagaimana memilih ruang untuk pejabat anda.

2) Apakah kesalahan yang tidak patut anda lakukan sebelum mula perniagaan

(Visited 4,276 times, 1 visits today)

Leave a Comment