PEMASARAN ialah talian hayat bagi mana-mana bisnes kerana sesebuah syarikat boleh karam tanpanya. Jadi, seseorang usahawan perlu bijak mencari tip dan trik terbaik serta seringkas mungkin untuk melonjakkan produktiviti bisnes mereka.

10 Trik Pemasaran untuk Lonjakkan Bisnes Anda

Berikut ialah 10 trik strategi pemasaran yang boleh digunakan sebagai pendorong bisnes anda dalam era media sosial dan teknologi maklumat seperti hari ini.

SOSIAL MEDIA

1. ‘BOOST' KANDUNGAN ANDA 

Berikan rangsangan untuk kandungan media sosial anda. Memang sukar mahu menyerlahkan diri atau membuatkan bisnes anda didengari. Namun, dengan kehadiran Facebook, segalanya berubah kerana anda kini berpeluang melonjakkan produk dan perkhidmatan anda kepada sasaran pelanggan yang lebih luas.

Asasnya, Facebook cuma menyasarkan 6 peratus kandungan bisnes kepada data pelanggan. Jadi, anda perlu membayar untuk membuatkan kandungan atau pesanan tentang produk anda sampai ke sasaran yang lebih meluas.

Jika anda ada lebih 100 ‘like' di laman anda, butang ‘boost' akan muncul di bahagian bawah setiap pos. Gunakan! Bagi bayaran kurang RM150, pos anda boleh disebarkan kepada beribu-ribu pengguna Facebook.

2. MUAT NAIK DATA DAN MAKLUMAT, LAKUKAN CEPAT!

“Pengiklanan Facebook boleh memberikan kos-per-ribu atau CPM termurah dalam pemasaran online dengan keupayaan menguji keberkesanan iklan secara masa nyata. Gunakan kuasa suntingan untuk mencipta ratusan iklan dan ubah satu elemen setiap iklan. Berikan sedikit bajet kecil dan anda akan cepat melihat hasilnya sama ada menjadi atau sebaliknya tanpa perlu megeluarkan bajet tinggi. Gandakan jenis iklan yang menjadi dan hentikan jika rugi.

3. RETWEET DAN BABITKAN DIRI, JANGAN HANYA TWEET TENTANG SYARIKAT SENDIRI

Kaitkan diri dengan syarikat lain, pelanggan anda dan individu terkenal tertentu dalam strategi pemasaran anda. Cuba retweet pesanan tweet mereka berserta mesej buah fikiran anda. Beri respon kepada tweet walaupun tidak ditujukan kepada anda dan jangan lupa berikan pandangan anda. Percayalah, anda akan mula memiliki pengikut sendiri.

PENGIKLANAN

4. TEROKA PENGIKLANAN BERBAYAR PER KLIK

Tahukah anda, Google bukan hanya beraksi di bandar-bandar besar apabila syarikat enjin carian itu mencuba cara pengiklanan berbayar mengikut klik (pay-per-click).

Google mempunyai jumlah pangkalan data pelanggan yang banyak sebagai jaringan pengiklanan mereka. Tetapi bukan mereka saja pilihan terbaik. Bing pula mampu memberikan hasil caelrian terbaik buat bisnes yang menyasarkan generasi emas atau baby boomer.

5. SATU IKLAN PER KATA KUNCI

Jika anda melancarkan kempen dengan puluhan kata kunci (keyword) dan hanya ada satu iklan, anda hanya mencampakkan wang keluar. Wujudkan kumpulan iklan yang spesifik yang menyasarkan kata kunci tunggal. Kemudian cipta dua hingga tiga iklan untuk satu kata kunci itu. Lihat iklan mana satu bekerja dengan baik dan fokuskan kepada hasil berkenaan.

PERHUBUNGAN AWAM

6. JANGAN KECOH, BERIKAN NILAI SEBENAR 

Rahsia terbesar dalam perhubungan awam dan media kini ialah pihak media, termasuk pelanggan berpotesi anda, sangat berminat dengan maklumat bercirikan nilai tambah yang mampu membantu mereka menembus masuk sesuatu kawasan sasaran, bukan sekadar mendengar maklumat promosi iklan anda.

Dengan memikirkan tentang keperluan pembaca – dan bukan hanya diri sendiri – anda pasti menerima anjakan bisnes dan pembabitan pelanggan yang aktif dalam jangka masa panjang.

7. SATU AYAT!

Mudah dan ringkas. Ini adalah antara tip profesional yang sangat jelas tetapi sering diabaikan ramai usahawan. Anda sepatutnya mampu menjelaskan bisnes anda dalam satu ayat. Itu saja. Tiada alasan lain, lakukan dalam setiap tindakan.

SEO

8. LIHAT KEKUATAN PESAING

Cuba cari di mana pesaing anda selalu disebut-sebut dan dalam konteks apa? Kemudian lihat juga jika ada peluang untuk anda berada setanding mereka. Tahukah anda, editor dan wartawan media tidak kisah pun menulis tentang sesuatu jenama. Malah, mereka sentiasa terbuka untuk menyebut jenama tertentu bagi menyeimbangkan kandungan berita yang cuba disampaikan.

Jom sertai kami di Programusahawan.com bagi memaksimumkan pendapatan serta mengurangkan perbelanjaan kos pemasaran anda.

PEMASARAN E-MEL

9. RINGKASKAN SUBJEK ANDA

Sama seperti poin 7, anda boleh mendapatkan impak segera dalam pemasaran e-mel dengan mengurangkan baris subjek kepada satu perkataan sahaja. Pilihlah ayat dengan berhati-hati. Tulisan anda sepatutnya membuatkan pelanggan terdorong ingin tahu tanpa anda perlu mengabaikan kandungan subjek yang relevan.

Jom sertai kami di ProgramUsahawan.com bagi menyelesaikan permasalahan anda dengan meletakan mesin atau robot yang boleh membantu kita dalam aktiviti pemasaran online dan ianya bergerak secara automasi.

PEMASARAN LUAR RUMAH

10 FIKIR LUAR KOTAK

Jadi kreatif apabila bekerja dengan bajet dan pengiklan. Jangan terkejut ada agensi pengiklanan hanya mengenakan bayaran papan iklan berdasarkan kesan atau impak ke atas pengguna sasaran. Jadi, tidak salah bertanya dan berbincang untuk mendapatkan keputusan terbaik dan apa yang dimahukan.

Itu sahaja perkongsian dari kami kali ini. Harap anda kongsikan perkongsian ini di media social facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

(Visited 817 times, 1 visits today)

Leave a Comment