PEMASARAN dalam bisnes ialah apa saja tindakan yang dilakukan untuk menguar-uarkan produk dan perkhidmatan anda kepada sasaran pelanggan. Terma yang sering dikelirukan dengan pemasaran ialah pengiklanan dan ramai menganggap pemasaran sebagai pengiklanan. Sedangkan pengiklanan itu cuma sebahagian daripada teknik pemasaran. Faham bukan?

Teknik pemasaran tidak semestinya memerlukan anda melaburkan sejumlah wang yang banyak seperti mengambil selebriti atau masuk di kaca televisyen. Lainlah kalau anda memang ada peruntukan besar yang sedia untuk dileburkan. Bagaimana pula kalau anda menghadapi kekangan bajet?

teknik pemasaran berkesan

Apa kata gunakan 5 medium pemasaran murah ini dahulu. Buat sehingga sukses. Jika berjaya, barulah boleh pasang angan-angan membayar selebriti dan media elektronik.

1. MEDIA SOSIAL

Dalam urusniaga bisnes masa kini, agak pelik jika anda tidak tahu atau tidak mahu menggunakan sepenuhnya potensi pemasaran yang ada pada media sosial seperti Facebook, Tweeter dan Instagram. Cara pemasaran tidak semestinya memerlukan anda mengiklankan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang masa.

Sebaliknya, anda boleh jadikan media sosial sebagai platform membangunkan reputasi dan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan anda. Malah, anda juga boleh menambah baik fungsi perkhidmatan selepas jualan, menilai respon pengguna dan berkomunikasi dengan lebih cekap dengan pelanggan-pelanggan anda.

Jadi, sentiasa kemas kini laman media sosial anda dan cuba gunakan pelbagai teknik persembahan yang kreatif untuk menarik perhatian pengikut anda.

2. HANTAR E-MEL BERKALA

Hampir setiap kalangan kita hari ini memiliki e-mel peribadi masing-masing. Anda boleh mendapatkan e-mel pelanggan dengan pelbagai trik dan teknik. Antaranya menawarkan cabutan bertuah atau kad diskaun yang memerlukan pelanggan mengisi borang atau meninggalkan kad bisnes, ataupun meminta mereka mengisi borang maklum balas. Anda juga boleh meminta pelanggan mendaftar sebagai ahli menerusi e-mel di laman web atau media sosial.

Kenapa e-mel? Ini kerana e-mel boleh dijadikan medium pemasaran berkesan untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda. Kirimkan e-mel berupa produk-produk terbaru, ataupun berkongsi tip-tip menarik kepada pelanggan anda setiap minggu. Tidak perlu hari-hari, cukup saja seminggu sekali.

3. REKRUT RAKAN ATAU SAUDARA SEBAGAI MODEL

Anda tidak perlu memaksa mereka menjadi ejen melainkan mereka benar-benar berminat. Apa guna mereka dilantik menjadi ejen tetapi kerja tidak berjalan bukan?

Tetapi, jika anda dapat mengesan rakan atau saudara anda memiliki kelebihan tertentu, kenapa tidak bekerjasama dengan mereka? sekiranya rakan dan saudara anda itu ada paras rupa cantik atau kacak, cuba tawarkan kepada mereka insentif menarik supaya mereka dapat menjadi model, duta atau jurucakap kepada produk atau perkhidmatan anda.

Bayaran boleh dibuat secara lump sump, berasaskan komisen atau apa saja insentif yang difikirkan menang-menang. Berbeza berbanding model luar berbayar, bekerjasama dengan rakan dan saudara anda adalah lebih mudah dan fleksibel. Tetapi ingat, jangan ketepikan elemen profesionalisme dalam berbisnes!

4. TURUN PADANG

Ada banyak acara dan majlis dianjurkan setiap minggu. Selain boleh memilih tapak niaga sama ada di pasar malam, pasar pagi, pasar tani, car boot atau Uptown, anda boleh juga menyertai acara atau majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, pesta negeri atau kebangsaan, hari sukan sekolah atau universiti, karnival anjuran syarikat TV dan seumpamanya.

Terpulang kepada anda bagaimanakah cara terbaik menyertai acara dan majlis tersebut. Mungkin anda perlu mengeluarkan sedikit bajet, ataupun anda cukup berani meredah saja lokasi-lokasi berkenaan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Apa yang penting, turun padang ialah ruang terbaik untuk anda bersemuka dengan pelanggan dan melihat sendiri reaksi mereka terhadap produk dan perkhidmatan anda.

Berminat untuk menyertai Bengkel Bajet ciput Impak Power? Dianjurkn oleh ProgramUsahawan.com. Klik pada gambar dibawah untuk maklumat lanjut

5. KEMAS KINI LAMAN WEB

Jangan biarkan produk dan perkhidmatan anda hilang daripada radar pelanggan. Selain Facebook, sila kemas kini laman web anda selalu sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Jangan biarkan ia bersawang seperti tiada penghuni. Aktifkan laman web anda dengan promosi, tip-tip bisnes atau bahan bacaan berkaitan produk atau perkhidmatan anda. Selain mengekalkan ‘kesegaran' laman web, anda juga sedang cuba menaikkan trafik kunjungan dari pelayar Internet.

<<< Jika anda belum lagi mempunyai website sila klik sini 

(Visited 638 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Scroll to Top