Anda merupakan usahawan baru berniaga ? jom terjah apakah 7 perkara hebat yang tidak di lakukan usahawan hebat .

cara menjadi usahawan berjaya

1. MEREKA TIDAK FIKIR TENTANG KESEIMBANGAN HIDUP

Usahawan hebat sangat bekerja keras. Biarpun apa terjadi, kerja mesti didahulukan. Mereka bukannya jenis individu yang suka berpoya-poya atau sukakan cuti hari minggu. Mereka dilahirkan untuk buat apa yang mereka sukakan, dan memang begitulah caranya.

<< Lihat post kami sebelum ini iaitu Peniaga VS Usahawan di sini 

2. MEREKA TIDAK CUBA JADI APA YANG BUKAN DIRI MEREKA

Anda bukan produk, dan anda tidak boleh mengubah siapa diri anda. Usahawan sebenar tidak fikirkan tentang diri mereka. Sebaliknya, mereka fikirkan tentang idea dan bagaimana menukarkan ia kepada produk dan perkhidmatan yang hebat. Kemudian, buat sekarang!

3. MEREKA TIDAK LAKUKAN DEMI WANG

Mereka tidak peduli betapa keras mereka bekerja. Mereka cuma terus lakukan. Disebabkan keghairahan dan fokus mendalam terhadap apa yang dilakukan, duit akhirnya datang perlahan-lahan dan tanpa disangka-sangka.

4. MEREKA TIADA HARI KERJA

Usahawan hebat bukan sekadar merendamkan kaki ke dalam air, tetapi terus menyelam tanpa mempedulikan ada batu di dasar.

Mereka tidak kisahkan perkara-perkara kecil. Jika terkena batu,  mereka merasakan itu sesuatu yang mengujakan dan sangat cool.

5. MEREKA TIDAK BENARKAN DIRI JADI TAKUT

Mereka tidak ambil perhatian kepada suara-suara dalam minda yang memberitahu apa sedang mereka lakukan itu ialah salah.

Mereka tidak gentar. Tiada siapa dapat menakutkan mereka. Mereka tidak mahu ketakutan menghentikan mereka daripada mengambil risiko. Mereka cuma mendengar satu suara, iaitu: suara alasan dan gerak hati.

Jom Sertai Kami Hari ini

Dapatkan diskaun, tip, peluang, jaringan perniagaan serta beberapa manfaat lain. Keahlian adalah percuma .

I agree to have my personal information transfered to GetResponse ( more information )

www.ProgramUsahawan.com

<< Jom layari tip berani berniaga di sini 

Ingin memperbaiki Hr Admin anda ke Arah Pentabdiran Sistematik & Cara Korporat? Sertai bengkel yang dianjurkn ProgramUsahawan.com segera dengan Klik Butang dibawah.

6. MEREKA TIADA MISI BESAR

Ketika orang lain ada delusi besar yang mengimpikan bulan dan bintang, usahawan hebat tiada visi besar tentang syarikat mereka.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, misalnya, tidak pernah cuba menubuhkan syarikat. Beliau cuma mahu menilai rupa rakan-rakan kelasnya di universiti.

7. MEREKA TIADA MENTOR MAYA

Hari ini ramai orang ada mengikuti penulis, blogger atau tokoh idola masing-masing. Tiada masalah pun sebenarnya, tetapi untuk melakukan sesuatu  perkara yang hebat, anda sebenarnya memerlukan mentor sebenar di dunia nyata.

Bekas Pengerusi Intel, Andy Grove ialah mentor kepada Steve Jobs. Kemudian, Jobs menasihat pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin. Ya, di sebalik usahawan hebat, ada sekurang-kurangnya seorang mentor yang hebat, iaitu mentor yang sebenar.

Paling penting, usahawan sebenar tidak gelarkan diri mereka usahawan. Mereka tidak lakukan apa yang dilakukan orang lain. Mereka tidak mengikut status quo, pesanan konvensional atau trend popular. Mereka bina laluan sendiri yang unik. Mereka ialah pemimpin bagi destinasi sendiri. Itulah apa yang memacu mereka dan menjadi penyebab kenapa mereka berjaya.

(Visited 493 times, 1 visits today)

Leave a Comment