PENJENAMAAN memang penting tanpa mengira bisnes anda kecil atau besar. Tahukah anda, kebelakangan ini ada banyak jenama korporat besar cuba mengambil pendekatan seperti syarikat kecil dalam usaha memenangi cita rasa pelanggan yang mula memilih jenama-jenama independen.
Ramai pemilik bisnes kecil sedar tentang kepentingan penjenamaan, tetapi ramai pula yang tidak tahu kenapa ia penting. Mereka sedar tentang kaitan antara kejayaan bisnes dan penjenamaan yang kuat. Malah, bercita-cita mahu membina satu jenama yang mampu memberikan kejayaan sama buat diri mereka.
Malah, mereka juga faham bahawa penjenamaan bukan sekadar merekabentuk logo atau bagaimana bisnes itu dilihat dari segi luaran. Tetapi jenama yang sukses sebenarnya adalah tentang kemampuan meletakkan penjenamaan pada nadi bisnes.
Berikut ialah 10 tip bagaimana membina jenama bisnes yang sukses:
1. TETAPKAN JENAMA ANDA
Semak produk atau perkhidmatan yang ditawarkan bisnes anda dan kaji ruang pasaran yang dimasuki. Selidik juga keperluan rasional dan emosi pelanggan. Karakter jenama sepatutnya mempromosikan bisnes dan menjalinkan hubungan dengan pelanggan, serta mampu membezakan anda di pasaran.
2. FIKIRKAN JENAMA SEPERTI SEORANG INDIVIDU
Setiap kalangan kita adalah seorang individu, di mana karakter terbentuk daripada kepercayaan, nilai dan tujuan yang kemudian akan menentukan siapa diri kita dan dengan siapa kita berhubungan.
Personaliti kita menentukan bagaimana kita bertindak dalam situasi berbeza, bagaimana kita berpakaian dan apakah yang kita pertuturkan. Sudah tentu bagi manusia, gerak hati dan keunikan adalah apa yang kita lihat sebagai karakter tersendiri. Ya, dalam membangunkan jenama, amat penting untuk mempunyai pemahaman yang sama.
3. PERTIMBANGKAN APAKAH YANG PENDORONG BISNES ANDA?
Apakah yang anda percaya, apakah tujuan dan siapakah hero jenama? Perkara ini akan membantu anda menghasilkan jenama yang beremosi dan mampu menyampaikan identiti serta karakter bagi komunikasi jenama.
Sertailah program yang kami anjurkan bagi mengubah perniagaan anda ke arah yang lebih sistematik & cara korporat dengan hanya klik gambar dibawah
4. SASAR BINA HUBUNGAN JANGKA PANJANG DENGAN PELANGGAN
Jangan menjanjikan harapan palsu dan meletakkan jangkaan yang sukar dilaksanakan. Wujudkan keyakinan dan rasa percaya dengan penjenamaan jujur. Jelaskan sejelasnya tentang syarikat anda dan bersikap jujur dengan nilai-nilai yang anda pegang dalm berbisnes.
5. BERCAKAP KEPADA PELANGGAN DENGAN NADA SUARA KONSISTEN
Cara ini akan membantu menguatkan karakter dan kejelasan bisnes yang ditawarkan. Ini akan membuatkan pelanggan sedar tentang apa yang boleh mereka harapkan daripada produk dan perkhidmatan anda.
6. JANGAN ULANG MESEJ SAMA, CARA SAMA DAN BERULANG
Secara alternatif, sasarkan untuk menyampaikan mesej bisnes anda supaya dapat berfungsi dalam membina identiti jenama yang kukuh.
7. JANGAN CUBA TIRU JENAMA BESAR
Cuba bina identiti jenama anda yang tersendiri. Anda sepatutnya tahu di luar sana sudah wujud trend pelanggan yang cenderung mencari jenama independen. Kini jenama besar pula yang cuba meniru pengaruh independen itu sebagai antara usaha merebut pasaran.
Anda sepatutnya memanfaatkan trend itu untuk menarik perhatian pelanggan yang tercari-cari sesuatu yang ada kaitan dengan ketulenan dan keaslian.
8. JADI INOVATIF, TEGAS DAN BERANI – PERCAYA APA ANDA PERCAYA
Jenama besar ada pelbagai lapisan birokrasi yang menghalang mereka daripada menjadi lebih fleksibel dan bereaksi terhadap apa dimahukan pelanggan. Lapisan birokrasi itu nyata menyukarkan mereka jadi berani dengan jenama sendiri.
Anda tiada masalah itu, dan inilah masanya anda perlu percaya dengan jenama sendiri.
9. BANGGAKAN JENAMA APABILA BERKOMUNIKASI DENGAN PELANGGAN
Jangan biarkan kebanggaan atau keyakinan anda pada jenama sendiri pudar, apatah lagi hilang. Tawarkan sesuatu yang lebih selain daripada sekadar mengurangkan harga. Promosi adalah antara peluang yang boleh difikirkan untuk menguatkan misi penjenamaan anda.
10. CARA LAMA MENAMPAL LOGO DI MANA-MANA TIDAK LAGI BERKESAN
Penjenamaan masa depan lebih bersifat halus, lancar dan saling berhubungan – sila hormat kebijaksanaan pelanggan anda dengan tidak terus memberikan apa sahaja yang mereka mahukan.
Anda perlu melakukan banyak trik dan helah sebagai cara menunjukkan apresiasi kepintaran mereka. Lakukan sesuatu yang memerlukan mereka mengetahui dengan lebih mendalam tentang jenama anda.
Inilah cara melantik pelanggan sebagai duta tidak rasmi bisnes anda yang bertindak menyampaikan kepada pelanggan lain tentang apa yang mereka temui dan rasai.