Lakukan 6 Perkara Ini Jika Mahu Membina Bisnes Yang Sukses

Home » Lakukan 6 Perkara Ini Jika Mahu Membina Bisnes Yang Sukses

SEMUA orang mahu jadi usahawan kerana mahu bebas bekerja dengan peraturan dan cara sendiri. Berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri adalah langkah pertama untuk mengecap impian tersebut. Jika anda tidak takutkan kegagalan, anda sebenarnya sedang mengambil langkah besar ke arah dunia keusahawan.

Lakukan 6 Perkara Ini Jika Mahu Membina Bisnes Yang Sukses

Perjalanan menuju keusahawanan memang penuh onak dan duri, di mana anda tidak dapat mengelak daripada melakukan pelbagai kesilapan. Jadi, cara terbaik untuk membaiki segala kesilapan tersebut adalah tidak melakukan perkara sama berulang kali. Anda perlu terus maju ke depan dan berhati-hati dalam setiap tindakan dilakukan.

Di bawah ini ialah 6 tip penting yang boleh anda lakukan untuk membina bisnes yang berjaya:

1. BERSIKAP POSITIF

Apakah perkara penting untuk mencapai kejayaan bagi usahawan? Kemahiran, pengetahuan dan bakat. Bagaimanapun, pesaing anda juga ada semua ciri kelebihan itu, dan mungkin juga lebih baik berbanding anda. Sebenarnya, kunci utama kejayaan ialah kekuatan mentaliti yang dapat diluahkan dalam bentuk sikap. Ini semua tidak memerlukan wang.

Ramai orang sukar mengekalkan sikap positif dan fokus terhadap bisnes yang dijalankan. Kejayaan terbina dalam minda. Anda lebih mudah bekerja keras untuk berjaya dengan semangat positif dan ‘yakin boleh'.

“Satu-satu tempat di mana impian jadi mustahil adalah dalam fikiran kamu” – Robert H Schuller

Tingkatkan pengurusan bisnes anda ke arah yang lebih sistematik dan korporat dengan menyertai program yang dianjurkan oleh ProgramUsahawan.com

2. TIADA JALAN PINTAS

Tiada resepi ajaib untuk berjaya. Kita perlu membayar harganya, bukan sekadar dalam bentuk wang. Ingat, perjalanan anda mungkin tersekat-sekat dan halangan pula tidak akan berakhir dalam satu malam, tetapi bisnes anda sedang berkembang.

Jalan pintas biasanya dilakukan mereka yang sudah berada di tempat anda sedang berada harikl ini, dan mereka kembali untuk memberikan anda jalan lebih selamat. Jadi, anda tetap perlu terus mencari dan menggali. Tiada jalan pintas

3. TETAPKAN PASARAN NICHE

Jika mahu berjaya, anda perlu mencari keperluan bisnes dan cuba mengisinya. Di luar sana, ada saja orang yang cuba melakukan bisnes seperti anda dalam pelbagai kekangan ekonomi dan pasaran sesak.

Apabila memulakan bisnes, anda perlu memiliki sesuatu yang membezakan anda berbanding apa yang sedia ada dalam pasaran. Kejayaan anda dalam pasaran ditentukan oleh kemampuan anda menjadi unik dan lebih baik berbanding pesaing lain.

Jadi, ciptakan niche bagi diri anda dan bekerjalah untuk membuatkan ia terjadi!

4. KERJA DENGAN PINTAR, BUKAN TERUK

‘Work smart, don't work hard', anda mungkin sudah banyak kali mendengar pepatah ini. Konsep bekerja berjam-jam lama untuk mendapatkan sesuatu hasil sudah dianggap melampaui batas dan tidak berbaloi. Kewujudan teknologi sudah membuatkan sesuatu perkara itu boleh dilangsaikan dengan cepat dan cekap.

Sebagai usahawan, anda sepatutnya tidak cuba melakukan segalanya sendirian. Tidak salah bercita-cita tinggi, tetapi anda perlu tahu had batasannya. Jika mahu berjaya, anda tidak perlu memaksa hidup anda jadi merana.

Jika anda menganggap kejayaan dapat dicapai dengan bekerja keras, ketahuilah kegagalan juga kerap berlaku akibat bekerja keras. Anda perlu membezakan antara bekerja keras dan pintar.

5. KEKALKAN DIRI DALAM MOTIVASI

Motivasi ialah kunci penyumbang kepada tahap konsisten kerja yang dilakukan, sekali gus menjawab persoalan, bagaimana seseorang usahawan itu mampu kekal dalam motivasi?

Selepas berakhir detik keterujaan memulakan bisnes, anda akan mula berdepan dengan cabaran hari ke hari. Anda dengan mudah boleh hilang motivasi untuk  terus maju ke depan.

Kekal dalam motivasi memerlukan ketabahan dan itulah membezakan seseorang individu yang mampu berjuang berbanding mereka yang menyerah kalah. Tiada jalan lain selain mengekalkan diri dalam semangat motivasi sepanjang masa.

“Kejayaan bukan muktamad, kegagalan bukan kematian: ia keberanian untuk meneruskan.” – Winston Churchill

6. GUNAKAN RANGKAIAN HUBUNGAN

Rangkaian hubungan ialah satu persatuan yang mampu mengekalkan sesebuah bisnes bagi jangka masa lama. Ia jauh lebih bernilai berbanding hubungan anda dengan rakan-rakan Facebook atau Instagram. Objektifnya bukanlah mendapatkan seberapa banyak kad bisnes, tetapi bagaimana anda menjalinkan hubungan berkualiti dengan orang luar yang mampu membantu bisnes anda bertahan.

Rangkaian hubungan selalunya bermula dengan idea sebelum disusuli gerak kerja turun padang. Jadi, apa saja perkhidmatan dan produk yang anda sediakan, adalah mudah untuk mencapai kejayaan apabila anda mula mewujudkan rangkaian perhubungan dengan orang lain.

Atasi kesibukan anda semasa berniaga dengan menyertai Program yang dianjurkan oleh ProgramUsahawan.com dengan hanya klik gamba di bawah.

KESIMPULAN

Ada banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi usahawan. Anda perlu tahu, detik mencabar adalah lebih banyak berbanding detik gembira. Namun, berasaskan tip di atas, anda pasti dapat lebih bersedia menghadapi suka duka berbisnes dan semoga kejayaan sentiasa menjadi milik anda.

(Visited 3,954 times, 1 visits today)

Leave a Comment