Sebelum anda memulakan perniagaan anda boleh rujuk post dari kami sebelum ini iaitu Elak 5 Kesalahan Ini Sebelum Kita Memulakan Bisnes!

Di sini, kami kongsikan beberapa cara betul berhenti kerja dan memulakan bisnes.

cara nak mulakan bisnes

1. TINGKATKAN KOMITMEN PEJABAT

Tidak salah memiliki dua kerja pada satu-satu masa, misalnya, siang hari bekerja di pejabat, manakala pada malam hari anda membuka gerai burger. Namun, jika anda mula melakukan kerja bisnes anda pada waktu bekerja di pejabat, anda sebenarnya sedang mencuri! Anda sepatutnya jujur dan fokus kepada tugas yang diamanahkan majikan kerana anda dibayar untuk bekerja.

Inilah masanya melipat gandakan kerja di pejabat untuk menunjukkan komitmen akhir anda kepada majikan. Anda seharusnya memastikan diri meninggalkan majikan dengan reputasi baik, bukannya dicekup, diberikan amaran ataupun dipecat kerana mencuri tulang.

2. TULIS SURAT PELETAKAN JAWATAN DENGAN BAIK

Anda mungkin belum menulis surat peletakan jawatan. Mungkin juga sudah bersiap sedia sejak beberapa bulan lalu dan hanya menunggu masa untuk meletakkannya di atas meja bos.

Apapun, pastikan surat itu ditulis dengan ringkas dan berbudi bahasa. Sila nyatakan ucapan terima kasih atas peluang kerja yang diberikan majikan kepada anda dan berapa banyak pengalaman berserta pengetahuan yang sudah anda peroleh selama ini. Surat peletakan jawatan bukan sahaja menunjukkan tahap profesionalisme anda, tetapi juga bertujuan menjaga hubungan baik anda dan majikan. Bak kata pepatah, orang berbudi, kita berbahasa.

3. BERIKAN NOTIS 2 MINGGU SEBELUM BERHENTI

Berikan tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu atau lebih lama sebelum anda berhenti selepas mengambil kira baki cuti yang perlu dilangsaikan. Elakkan berhenti kerja secara mengejut, misalnya notis peletakan jawatan 24 jam.

Mungkin tiada sebarang peraturan yang boleh menghalang anda pergi, tetapi jika anda seorang yang berbudi, anda sepatutnya memikirkan bahawa majikan perlu mencari pekerja baharu untuk menggantikan posisi anda. Jadi, berhentilah secara terhormat walaupun tanpa sebarang majlis gilang-gemilang untuk meraikan pemergian anda.

Jika majikan memohon anda melanjutkan tempoh berhenti dalam jangka masa tertentu, ataupun meminta anda menyelesaikan kerja penyerahan tugas kepada pengganti baharu, lakukanlah dengan hati terbuka dan komited. Ingat, berhentilah dengan terhormat.

4. JANGAN CURI PELANGGAN MAJIKAN

Sekiranya bisnes anda ada kena mengena dengan majikan terdahulu, elakkan melibatkan diri dengan klien atau pelanggan yang pernah berurusan dengan kerja lama anda. Selain menjaga etika bisnes, tindakan anda itu jika dilakukan hanya mengundang konflik antara majikan lama dan anda. Malah, anda berisiko berdepan tindakan undang-udang, termasuk menjejaskan reputasi bisnes anda. Lagipun bisnes anda baru hendak bermula, sedangkan majikan lama anda sudah menjadi pemain besar dalam bisnes tersebut.

Anda mahir dalam melakukan busines digital tetapi keuntungan kurang memberansangkan? Sertai program yang dianjurkan oleh kami di ProgramUsahawan.com dan kami akan membantu anda menjana pendapatan berkali ganda.

5. JANGAN AJAK KAWAN SEPEJABAT ‘TERJUN KAPAL'

Kawan sepejabat anda mungkin tidak mempunyai potensi dan keberanian mahu berbisnes seperti yang anda miliki. Jadi, jangan libatkan mereka dalam tindakan nekad anda itu.

Jika mereka teruja dan berminat pula mahu menyertai bisnes anda, sepatutnya anda memberikan penjelasan jujur kepada mereka tentang apa yang sedang anda rancangkan. Sila jelaskan juga situasi baik dan buruk yang perlu anda dan rakan hadapi kerana berbisnes bukanlah seindah seperti dibayangkan ramai orang.

6. JANGAN CURI HARTA SYARIKAT

Ini sikap yang sangat buruk dan teruk. Berapa ramai yang bertindak ‘merembat' harta syarikat seperti alat tulis, fail dan kertas untuk dibawa pulang. Malah ada yang enggan memulangkan harta yang dipinjamkan syarikat seperti komputer riba, telefon dan lain-lain.

Anda mungkin ada menyimpan dendam terhadap majikan atas ketidakpuasan tertentu dan mahu membalasnya, tetapi tindakan anda itu tetap dipanggil mencuri. Ingat, jika anda berjaya berbisnes nanti, anda juga akan berdepan dengan pelbagai kerenah pekerja, dan pada masa itu barulah anda sedar bahawa anda sendiri tidak mampu memuaskan hati semua orang. Anda sepatutnya mempunyai tahap integriti yang tinggi.

7. BERBINCANG DENGAN JUJUR

Berbincanglah dengan majikan dan beritahulah tentang rancangan anda jika ditanya. Inilah masa anda beritahu segala yang terbuku dalam hati. Berbahasalah dengan baik dan berikan penjelasan. Majikan anda mungkin terkejut dengan tindakan anda itu, dan mula bimbang atau keliru dengan apa yang berlaku. Apatah lagi jika anda mempunyai rekod kerja yang baik kerana tindakan berhenti anda itu mampu meninggalkan impak kepada rakan sekerja lain. Anda sepatutnya menjelaskan segalanya.

8. TAWARKAN KERJASAMA

Jika bisnes yang mahu anda lakukan itu ada kaitan dengan majikan anda, kenapa tidak menjalinkan kerjasama? Majikan anda mungkin memiliki sesuatu yang tidak anda miliki, dan begitu juga anda. Inilah masanya anda membentuk kerjasama profesional yang mampu saling memberikan manfaat satu sama lain. Jika anda sendiri tidak menawarkan bantuan, bagaimana mereka tahu dan mahu membantu anda? Tidak salah mencuba bukan?

9. KERJA DENGAN KOMITED

Bekerjalah dengan komited dan berikan yang terbaik sehingga membuatkan majikan merasakan peletakan jawatan anda itu sebagai kehilangan besar kepada syarikat. Hati anda pasti rasa berbunga-bunga apabila majikan beritahu, “Kami benar-benar kehilangan kamu. Kalau kamu mahu bekerja semula di sini, datanglah. Syarikat ini sentiasa membuka pintu kepada kamu bila-bila masa.”

Gandakan pendapatan anda dengan mempelajari Online marketing melalui program yang dianjurkan oleh ProgramUsahawan.com dengan klik gambar dibawah.

10. DIAM, JANGAN BURUKKAN SYARIKAT

Jangan burukkan majikan anda kepada rakan sekerja lain, ataupun beritahu sesuatu yang negatif tentang syarikat dalam sesi temubual peletakan jawatan (jika ada) walaupun anda tidak pernah sukakan bos anda.

Ingat, bos anda itu mungkin majikan terakhir anda, dan anda pula mungkin terpaksa bekerja di syarikat lain atas situasi tertentu. Bayangkan syarikat baru anda itu menelefon bos untuk merujuk profil anda semasa bekerja dulu. Anda pula memberikan maklum balas negatif tentang bos anda.

KESIMPULAN

Apa jadi sekalipun, jangan sesekali musnahkan jambatan hubungan antara anda dan majikan. Ini kerana masa kadangkala mengubah perspektif seseorang. Mungkin hari ini bos anda ialah manusia paling dibenci, tetapi tidak mustahil suatu masa nanti pandangan anda mula berubah. Ketika itu barulah anda menyedari bos anda tidaklah seteruk mana.

Jika anda seorang boss perkara ini anda perlu ambil kira dalam menjaga kebajikan pekerja. [ Klik sini ] 

(Visited 1,609 times, 1 visits today)

Leave a Comment