MENJALANKAN bisnes bukan mudah, terutama apabila bermula dengan modal kecil. Agak sukar melakukannya hanya bersandarkan kepada kemahiran atau semangat semata-mata. Jika anda merasakan bermasalah dalam mendapatkan modal kewangan, anda mungkin boleh mempertimbangkan tip pelaburan seperti di bawah ini sebelum memulakan bisnes sebenar.

Cara Simpan Duit

Apapun, cuba elakkan meminjam wang kerana ia memerlukan anda berdepan komitmen untuk melangsaikan hutang pinjaman itu. Jika tidak dapat dielak, cuba cari alternatif model yang rendah risiko.

Mahu tahu lebih lanjut, cuba baca 5 tip di bawah ini:

1. MULAKAN DENGAN TABUNGAN

Tanpa memulakan bisnes pun, wang tabungan ialah simpanan asas yang sepatutnya anda amalkan setiap bulan. Ia boleh dianggap sebagai sandaran terakhir untuk digunakan ketika kecemasan. Sekarang anda mahu berbisnes bukan? Jadi, inilah masanya anda menggunakan wang tabungan tersebut.

Jangan membazir atau berlebih-lebih dalam menggunakan wang tabungan anda dan pastikan ia diuruskan dengan betul. Catatkan setiap transaksi keluar-masuk dan gunakan untuk perkara yang benar-benar memerlukan, bukan hal ‘kosmetik' atau hiasan semata-mata.

2. JUAL BARANG PERIBADI

Inilah masanya anda menjual beberapa barangan peribadi untuk dijadikan wang modal. Anda boleh hadiri jualan garaj (garage sales) atau jualan but kereta (car boot sales) sama ada di tapak-tapak khas yang dibuka penganjur atau turun saja menjual secara solo di mana-mana lokasi tertentu.

Anda boleh juga menjual barangan anda di platform laman web atas talian seperti Mudah atau eBay. Tidak salah juga sekiranya bermula dengan rakan, ahli keluarga atau saudara terdekat. Jualkan barang-barang anda yang sudah tidak mahu disimpan seperti pakaian, barangan elektronik, perabot, aksesori kereta atau permainan. Tetapkan matlamat anda untuk kumpulkan modal bisnes!

3. PAJAKKAN BARANG

Walaupun anda tidak digalakkan meminjam, tetapi membuat pajakan adalah ikhtiar yang lebih selamat daripada membuat pinjaman langsung. Ini kerana anda menyandarkan wang pinjaman anda dengan nilai sesuatu barangan berharga. Risiko pajakan juga lebih rendah.

Tetapi, sebaik saja membuat pajakan, anda sudah terikat kepada satu komitmen untuk menebus semula barangan itu. Jadikan ia sebagai pendorong semangat untuk anda serius berbisnes.

Jom Sertai Kami Hari ini

Dapatkan diskaun, tip, peluang, jaringan perniagaan serta beberapa manfaat lain. Keahlian adalah percuma .

I agree to have my personal information transfered to GetResponse ( more information )

www.ProgramUsahawan.com

Anda boleh juga cuba memajak barangan berharga anda seperti jam tangan atau barangan kemas kepada rakan-rakan rapat dengan nilai wang dipersetujui. Sebelum itu pastikan anda bersiap sedia dengan surat perjanjian supaya dapat memuaskan hati kedua-dua pihak.

4. MINTA TAJAAN FA-MA

Anda tentu sudah biasa mendengar istilah ini. FA-MA membawa maksud father (bapa) dan mother (ibu). Anda bertuah jika ada ibu bapa yang memahami apa sedang anda cuba lakukan. Apatah lagi jika ibu bapa anda memang agak berduit. Inilah masanya minta bantuan mereka supaya diberikan sedikit suntikan dana.

Apa yang penting, yakinkan mereka bahawa anda benar-benar serius mahu berbisnes. Jangan cakap sahaja, tunjukkan mereka segala dokumentasi, kertas kerja atau produk-produk yang mahu anda niagakan. Jika apa yang anda bentangkan meyakinkan, rasanya tiada masalah untuk ibu bapa anda menghulurkan bantuan. Jika tidak banyak, sedikit pun sudah banyak membantu menambahkan modal kewangan untuk anda memulakan perniagaan.

Anda mempunyai idea, produk dan pemikiran seorang ahli perniagaan? Tetapi tidak tahu cara memulakan perniagaan. Klik gambar dibawah untuk mengetahui cara memulakan bisnes

5. KERJA SAMBILAN

Inilah cara mudah mengumpul modal yang tidak menyusahkan sesiapa. Anda cuma memerlukan masa dan tenaga untuk mendapatkan jumlah modal yang diingini. Ada banyak kerja sambilan yang boleh dibuat di luar sana.

Anda boleh memilih melakukan kerja sambilan pada hujung minggu atau selepas habis waktu bekerja. Lebih kerap anda memperuntukkan masa melakukan kerja sambilan, lebih cepat anda mengumpul wang modal. Tetapi, pastikan apa yang anda lakukan itu tidak menjejaskan kerja sedia ada. Malah, kesihatan diri juga penting. Jangan pula jadi seperti kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula keciciran.

Selamat mengumpul modal dan berbisnes!

<< Lihat juga tip usahawan kami mengenai modal perniagaan di sini 

(Visited 224 times, 1 visits today)

Leave a Comment