cara Mulakan Bisnes

Elak 5 Kesalahan Ini Sebelum Kita Memulakan Bisnes! ( Baca no.3)

Untuk tubuhkan sesebuah perniagaan, terlalu banyak kesilapan yang akan dilakukan oleh kita. Paul Evans ada kongsikan kesilapan yang pernah beliau pernah lakukan ketika bukan business pertama  iaitu pusat kecerdasan, ketika berusia 20 tahun.

elak-5-kesalahan-ini-sebelum-kita-memulakan-bisnes-baca-no

Paul Evans merupakan seorang “speaker”, penulis dan perunding dalam bidang pencapaian bisnes. Misi beliau adalah untuk membantu orang dalam pelbagai perkara dalam masa yang singkat dan tepat.

Ini adalah tip yang bagus dan perlu dielakkan untuk “First” bisnes. Ianya berdasarkan pengalaman Paul Evans sendiri ketika membuka pusat kecerdasan.

Percaya Diri Dari Plan Bisnes

Masa nak tubuhkan bisnes, kita kena rancang perjalanan bisnes dengan naik dan ada backup “plan”. Sebab tak semua yang kita rancang akan menjadi. Walaupun sudah rancang dengan baik dan sudah tetapkan matlamat berapa  untung , nak pinjam duit berapa dan lain-lain.

Jadi, masa tubuhkan bisnes kita jangan terlalu teruja dan rasa “confirm” yang kita akan berjaya dengan bisnes itu. Kita kena fikir juga apa kesan yang akan kita dapat bila “start” buat bisnes. Sebab sebelum kejayaan datangnya kegagalan!

<< Anda boleh lihat juga entry post kami sebelum ini iaitu cara memulakan perniagaan

great-business-ideas-program-usahawan

Mahu mencari idea yang hebat serta inspirasi untuk perniagaan anda? Ebook ini mengandungi 100 idea hebat yang boleh disesuaikan untuk perniagaan anda.

Tekan Disini

Dengar Hanya Pendapat Pelanggan Dari “Spreadsheet”

“Spreadsheet” adalah alat elektronik untuk kira-kira. Untuk tubuhkan bisnes, kita kena lihat berapa nilai modal yang kita ada dan juga kehendak pelanggan. Tapi ianya bergantung juga dengan situasi dan modal yang dilaburkan. Jangan kita laburkan semua modal kita pada perniagaan atau membuat pinjaman yang banyak pada permulaan perniagaan tanpa membuat kira-kira plan perniagaan dan juga memahami konsep perniagaan yang hendak dijalankan. Sebagai contoh Peniaga A telah membuka perniagaan Dobi bermodalkan RM 50 ribu dengan membuat pinjaman perniagaan Tapi tidak mempunyai pengalaman dalam bidang dobi.

Peniaga A hanya mendengar sahaja bukak perniagaan dobi ini menguntungkan tapi tidak membuat kira-kira perniagaan yang sebenar hanya angaran dan tidak pernah bekerja di kedai dobi untuk dapatkan pengalaman. Peniaga A ini telah mengalami kerugian setelah 5 bulan menjalankan perniagaan dan akhirnya menjual kembali kepada sesiapa yang berminat membeli perniagaan dobi yang telah beliau jalankan selama 5 bulan itu, hal ini berlaku kerana beliau tidak membuat kira-kira sebenar dalam tempoh perniagaan dan juga tidak membuat persiapan jika berlaku apa-apa kerugian sepanjang menjalankan perniagaan itu.

Salah Tarikh “Launch” Bisnes

Kita perlu pilih tarikh untuk pembukaan bisnes dengan baik. Sebelum itu, kita perlu selesaikan persediaan untuk “launch” sekurangnya 10 hari lebih awal dari tarikh sebenar. Ini kerana kalau kita lambat buat persediaan, ia akan beri kesan masa tarikh sebenar.

Kita juga perlu peka dengan tarikh perayaan, cuti umum, cuaca, gaji, bonus dan lain-lain.

time-management-program-usahawan

Menggunakan masa dengan berkesan boleh produktivi sesorang individu serta dapat menentukan tahap kejayaan. Buku ini membantu anda dalam pembahagian masa yang berkualiti.

Klik Disini

Libatkan Keluarga Dalam Bisnes

Untuk dapat pinjaman modal dari pihak bank adalah susah tambah lagi untuk yang baru nak mula buat bisnes. Jadi, cara yang paling mudah dapat modal adalah dari keluarga. Tapi banyak kesan jika bisnes kita gagal.

Sebagai contoh, pinjaman bank tidak lulus dan kita telah meminjam wang modal yang besar dari pak cik saudara. Dan setelah beberapa bulan, kita telah mengalami kerugian yang besar dan tidak mampu untuk membayar balik ganti rugi.

Jika tidak diselesaikan dengan baik, ianya boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan. Jadi adalah lebih baik jika kita boleh elakkan.

Samakan Pengalaman Sendiri Dengan Kepakaran Bisnes

Walaupun kita hebat dalam satu bidang, jangan pula kita terus terfikir untuk membuka bisnes. Tapi kita perlu buat “research” dan belajar dulu cara hendak sesuaikan dalam bisnes. Timba banyak lagi ilmu yang berkaitan bisnes sebelum mulakan bisnes.

Sebagai contoh kita mempunyai bakat dalam “design” pakaian dan mendapat pujian dari kawan-kawan serta galakan untuk buka butik pakaian. Tanpa sebarang pengetahuan yang mendalam dalam bidang bisnes, kita terus buat keputusan untuk menubuhkan perniagaan butik.

Ini adalah salah kerana tanpa kefahaman yang mendalam mengenai bisnes, kita sukar untuk menjalankan bisnes yang membawa kepada keuntungan. Seharusnya, kita perlu belajar lagi selok belok dalam bisnes.

Bukan mudah untuk seseorang itu memulakan perniagaan kerana terlalu banyak perkara yang perlu kita pelajari dan fahami. Dalam memulakan perniagaan cuba lihat pengalaman orang bisnes lain dan lihat kelebihan mereka. Jangan pula kita ikut kesalahan yang pernah mereka lakukan.

Artikel ini di tulis oleh : 

Nama: Nadirah Atan

(Visited 943 times, 1 visits today)

Leave a Comment