Berdasarkan ekonomi sekarang, agak sukar untuk kita mendapatkan pendapatan tambahan. Dan ramai orang akan mencari wang tambahan melalui bisnes dari rumah dan sebagainya.
Tapi untuk menjalankan bisnes kita perlu buat kajian pasaran untuk mengetahui produk atau perkhidmatan yang sesuai. Lekan Olanite merupakan seorang perunding pengurusan dan telah berkongsikan beberapa jenis perniagaan yang bermodal rendah dan mudah untuk diuruskan.
Bagi mereka yang kurang modal untuk buka bisnes, disini ada beberapa jenis bisnes yang bermodal rendah.
Tawarkan Khidmat “Graphic Design”
Ramai individu dan syarikat yang memerlukan perkhidmatan “graphic designer” dalam mereka logo syarikat, kad bisnes, bungkusan produk dan lain-lain. Jadi kita boleh menggunakan peluang ini dalam menawarkan perkhidmatan “graphic design”.
Ianya tidak memerlukan modal yang banyak dan kelayakan khas tetapi memerlukan kemahiran. Dimana kita mahir dalam penggunaan komputer dan software tertentu yang berkaitan dengan “graphic design” seperti adobe photoshop, adobe illustrator, corel draw, inkscape dan lain-lain.
Bisnes Sewaan
Sekarang ramai orang yang suka pinjam peralatan dan inilah masa kita untuk buat bisnes sewaan. Cuba cari peralatan yang boleh disewa kepada orang ramai seperti kanopi, dewan, “PA system” dan lain-lain.
Tujuan mereka menyewa peralatan kerana mereka hanya perlukan untuk satu masa atau majlis sahaja. Contoh dalam majlis perlahwinan, mereka perlukan kanopi, “PA system” dan lain-lain. Cuba kita fikirkan, barangan lain yang boleh disewa kepada orang lain.
Alatan yang bagus dapat memudahkan kita untuk melakukan kerja yang susah menjadi mudah. Disini terdapat ebook yang boleh membantu kita dalam memudahkan sesuatu pekerjaan.
Parking Kereta
Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa bisnes parking kereta antara bisnes yang bagus. Tambah-tambah lagi di kawasan bandar. Cari kawasan yang strategik untuk disewa atau beli seperti di kawasan pejabat dan “shopping mall”.
Tawarkan Khidmat Perundingan dan Kontrak
Merupakan bisnes yang memerlukan seorang pakar dalam satu bidang khusus sebagai seorang penasihat kepada syarikat atau individu. Perundingan adalah bisnes mudah dimana hanya perlu buat rundingan.
Tetapi ada bezanya antara perunding bagus dengan tidak bagus iaitu semangat ke arah kecemerlangan. Seorang perunding yang baik perlu ada pengetahuan tentang perkara yang akan dirunding. Antara contoh bisnes perundingan ialah akaun, audit, bisnes, kaunseling, spa, perunding teknikal dan lain-lain.
Tawarkan khidmat Salon Rambut / Kedai Gunting Rambut
Bisnes ini adalah satu bisnes yang popular dan menguntungkan. Tetapi kita perlu ada kemahiran dan pengetahuan dalam bisnes ini. Cuba pelbagaikan jenis pakej yang ada seperti potong rambut, warna rambut rawatan rambut dan lain-lain.
Kita boleh mulakan bisnes ini dari rumah dan cuba dapatkan banyak pengalaman untuk meluaskan bisnes. Lokasi yang strategik adalah faktor penting dalam pembukaan bisnes salon seperti di “mall” atau kawasan komersial. Anggaran modal bagi membuka kedai gunting rambut antara 15 – 20 ribu.
Tawarkan Perkhidmatan Katering
Jika kita mahir memasak dan sering mendapat pujian dari keluarga dan kawan-kawan kenapa tidak untuk kita buka bisnes katering. Katering adalah perkhidmatan yang paling dikehendaki pada masa kini seperti majlis orang kahwin, majlis hari jadi atau majlis besar di syarikat.
Sebagai contoh, kebanyakkannya majlis perkahwinan akan berlaku pada hujung minggu dan cuti umum. Jadi kita boleh buat bisnes katering sebagai pendapatan tambahan dan kerja tambahan di hujung minggu.
Kita juga boleh bekerjasama dengan perancang perkahwinan sebagai strategi pemasaran.
Bisnes “Day Care”
“Day Care” adalah pusat jagaan kanak-kanak. Sekarang ramai ibu bapa yang bekerjaya dan tiada masa untuk menjaga anak semasa mereka bekerja. Inilah peluang kita untuk buka “day care” bagi menjaga anak-anak mereka. Tambah lagi untuk mereka yang sukakan kanak-kanak.
Tetapi untuk membuka “day care” bukanlah perkara mudah kerana kita perlu sediakan kelengkapan yang sesuai untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Anggaran kos bagi membuka sebuah “daycare” yang memenuhi keperluan adalah 20 Ribu.
Tawarkan Khidmat “Freelance Programming & Web Design”
Ianya memerlukan pengetahuan teknikal dan kemahiran. Jika kita ada kemahiran dan pengetahuan berkaitan “programming & web design” tapi tiada sebarang sijil untuk membuktikan kita pernah ada ijazah atau diploma dalam bidang berkaitan pun tiada masalah.
Kita masih boleh melakukan bisnes ini, dengan syarat kita minat dan suka mengkaji serta selalu “up to date” dengan teknologi sekarang. Ini kerana sekarang terlalu banyak teknologi dan applikasi yang boleh digunakan untuk buat “website” seperti wordpress, ipage dan simplesite.
“Programming” adalah bidang yang sangat diperlukan dalam sesebuah syarikat. Sangat beruntung jika kita ada kemahiran dalam “programming”.
Anda boleh tawarkan perkhidmatan ini secara kecil-kecilan sama-ada di pasaran tempatan atau luar negara. Anda boleh klik gambar di bawah jika anda berminat untuk menawarkan khidmat pada pasaran luar negara.
Bisnes Fotografi
Merupakan bisnes yang modalnya hanya memerlukan kelengkapan asas seperti set camera, alat pencetak gambar dan “laptop”. Kita juga perlu ada kemahiran dalam menangkap gambar dan edit gambar.
Mungkin kita rasa khidmat “photographer” adalah khidmat yang kurang diperlukan. Tetapi masih ramai yang memerlukannya dalam suatu masa seperti di majlis perkahwinan, majlis graduasi dan majlis syarikat besar.
Jika anda berminat untuk menjalankan bisnes fotografi anda boleh klik gambar di bawah.
Perniagaan Dobi secara kecil-kecilan
Ramai orang yang bekerjaya tiada masa untuk membasuh baju dan inilah peluang kita untuk membuat bisnes dobi secara kecil kecilan iaitu dari rumah.
Apabila sudah punyai modal banyak, kita boleh buka kedai dobi dan untuk lebih memudahkan kita, buka kedai dobi “self services”. Kita akan pantau kedai dari jauh sahaja dan tidak perlu terlalu kerap ke kedai.
Untuk membuka sesebuah perniagaan, bukanlah perkara yang mudah dan mustahil. Kita perlu buat kajian dahulu mengenai bisnes yang bersesuai dan mudah untuk dijalankan. Dan bagi yang baru mahu mulakan bisnes, carilah bisnes yang menggunakan modal yang rendah.
Artikel ini di tulis oleh :
Nama: Nadirah Atan