Mark McElroy merupakan seorang perunding yang memulakan perniagaan daripada “multicapitalism”. Ianya definisi baru dalam sistem ekonomi yang kian berkembang. Idea yang asal adalah untuk memelihara, menghasilkan dan kekalkan modal yang penting dan tidak letakkan pada risiko.
Menurut Puan Rina Salleh, pemilik butik Rina Salleh Clothing menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis modal yang boleh digunakan dalam perniagaan.
Berikut 5 jenis modal yang boleh digunakan mengikut Mark McElroy dan Puan Rina Salleh :
Modal Ekonomi/Duit
Ini termasuk modal kewangan seperti dana yang ada termasuk simpanan, hutang dan ekuiti. Modal bukan kewangan pula seperti nilai jenama kita.
Pembiayaan hutang termasuk pembiayaan berasaskan aset, pajakan, kredit perdagangan dan pelbagai pinjaman yang perlukan pembayaran balik dengan faedah terkumpul dalam tempoh yang ditetapkan.
Kredit perdagangan merupakan kredit yang diberikan oleh seorang peniaga lain bagi pembelian barangan dan perkhidmatan. Ia memudahkan pembelian bekalan tanpa bayaran segera dan biasa digunakan sebagai sumber pembiayaan jangka pendek.
Ekuiti adalah pertukaran wang untuk bahagian pemilikan perniagaan. Ianya datang daripada pelabur yang mengharapkan pulangan daripada syarikat. Pembiayaan ekuiti biasanya untuk perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang cepat dan tinggi.
Wang simpanan biasa digunakan oleh bakal usahawan yang tidak menggunakan pembiayaan hutang dan ekuiti.
Di sini kami sertakan Video Perkongsian oleh En Mohammad Aslam Mohammad mengenai cara memilih pelabur untuk perniagaan anda
Modal Semula Jadi
Merangkumi semua sumber asli yang kita bergantung serta termasuk ekosistem yang terlibat seperti iklim dan musim. Contoh sumber asli adalah seperti sumber galian seperti timah, emas, petroleum dan lain-lain. Bagi yang terlibat dengan ekosistem pula seperti musim penyu bertelur sesuai untuk bidang pelancongan.
Modal semula jadi menjadi aset yang berkaitan dengan syarikat-syarikat dalam industri ekstraktif seperti minyak/gas dan perlombongan. Kekalkan, pembinaan bangunan mesra alam, kemudahan tenaga alternatif dan integrasi amalan-amalan dalam rantaian bekalan organisasi menyediakan laluan baru untuk bisnes dan kewangan.
Menilai pulangan ke atas pelaburan ini adalah kemahiran penting bagi pihak pengurusan dan pembuat keputusan dalam bergerak ke hadapan.
Modal Insan
Modal diri sendiri adalah termasuk dengan pengetahuan, bakat, kemahiran keusahawanan, ilmu, pengalaman, sikap dan motivasi individu tersendiri. Contohnya seperti kemahiran mereka bentuk pakaian yang “up-to-date” yang boleh bantu dapatkan pendapatan dengan bekerjasama dengan butik-butik.
Syarikat yang paling maju dari segi teknologi di dunia seperti Apple, Facebook dan Tesla masih bergantung kepada orang. Pekerja adalah aset yang paling bernilai dan bersepadu dalam sesebuah organisasi.
Meningkatkan latihan keusahawanan, pensijilan dan pengetahuan pekerja, serta kestabilan keadaan kerja boleh diukur boleh tingkatkan produktiviti, kecekapan dan pulangan ke atas pelaburan yang dibuat pada pekerja. Idea-idea dan strategi yang dibangunkan melalui modal intelek memberikan wawasan yang bernilai pada operasi dan projek masa depan.
Individu yang mahir dalam perhubungan dan sosial akan menetapkan pencapaian yang tinggi dalam hidup melalui pembangunan dan pembelajaran mereka. Mereka mempunyai akses kepada peluang yang pelbagai dan memuaskan untuk pekerjaan, kreativiti peribadi dan rekreasi.
Mempelajari Ilmu berkaitan pemasaran online di media social dan google.
Modal Sosial Dan Hubungan
Terdiri daripada pasukan, rangkaian kenalan dan kumpulan individu yang bekerja bersama-sama. Setiap orang mempunyai ratusan atau ribuan kenalan yang dapat membantu luaskan bisnes kita. Secara tak langsung, boleh dikatakan sebagai pemasaran mulut ke mulut yang tidak menggunakan apa-apa kos.
Modal sosial berkait dengan institusi yang membantu kita kekalkan dan bangunkan modal insan dalam perkongsian dengan orang lain. Contohnya keluarga, masyarakat, perniagaan, kesatuan sekerja, sekolah dan pertubuhan sukarela.
Media sosial telah mengambil alih profesion kewangan sejak pengenalan dan pertumbuhan syarikat-syarikat seperti Facebook, LindkedIn, dan Twitter. Boeing, General Electric, dan Microsoft adalah antara organisasi yang membangunkan hubungan ini dan merupakan saluran mengembangkan bakat.
Modal Yang Telah Dibina
Modal yang dibina merangkumi bahan-bahan barangan dan infrastruktur yang dimiliki, dipajak atau dikawal oleh sesebuah organisasi yang menyumbang kepada proses pengeluaran atau perkhidmatan. Contohnya alat, mesin, teknologi, bangunan dan semua bentuk infrastruktur.
Modal ini adalah penting untuk pembangunan sesebuah organisasi. Kecekapan menggunakan modal ini membolehkan organisasi menjadi lebih fleksibel, responsif kepada pasaran atau keperluan masyarakat, inovatif dan lebih cepat bertindak dalam mendapatkan produk dan servis kepada pasaran.
Modal yang telah dibina dan teknologi boleh mengurangkan penggunaan sumber dan memberi fokus lebih kepada kreativiti manusia yang meningkatkan kecekapan dan kekalkan perkembangan perniagaan.
Modal ini juga dibina daripada objek bahan, sistem atau ekosistem yang dicipta atau ditanam oleh kita. Semua infrastruktur, teknologi dan proses menggunakan sumber asli yang minimum dan memaksimakan penggunaan inovasi dan kemahiran manusia.
Terdapat pelbagai jenis modal yang kita boleh gunakan dalam perniagaan kita. Tidak merangkumi kewangan sahaja, tetapi termasuk juga kemahiran intelek yang dimiliki, akademik, perhubungan dan sumber-sumber yang dibina melalui perniagaan. Kesemua modal ini dapat membantu mengembangkan perniagaan sedia ada jika digunakan sepenuhnya.
Artikel ini di tulis oleh :
Nama: Ilham Ismail ( Program Coordinator-ProgramUsahawan.com )