7 Tip Panduan untuk Usahawan Muda

Home » 7 Tip Panduan untuk Usahawan Muda

DUNIA memerlukan usahawan baharu. Ini kerana usahawan ialah kalangan mereka yang mencipta peluang pekerjaan, mengangkat standard kehidupan, memperkenalkan teknologi baharu kepada masyarakat dan mengekalkan kerancakan persaingan dalam pasaran. Memulakan bisnes memang susah. Jadi, sangat penting membekalkan generasi usahawan akan datang dengan ‘peluru' secukupnya kerana negara dan masyarakat sangat memerlukan anda!

<< lihat juga perkara ini sebelum memulakan bisnes 

cara nak mulakan perniagaan

 

Di bawah ini ialah 7 tip yang dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), John Pilmer yang mengasaskan firma konsultan usahawan, PilmerPR di Amerika Syarikat. Menurut Pilmer, jika diberikan peluang kembali kepada usia 20 tahun, inilah perkara penting yang akan beliau lakukan.

1. KEGHAIRAHAN

Anda akan gagal dan ia sebahagian daripada permainan bisnes. Namun, kegagalan itulah akan membawa kepada kejayaan jika membabitkan  apa yang anda percaya. Memulakan bisnes untuk diri sendiri hanya akan meninggalkan anda tanpa arah, putus asa dan kembali kepada awal anda bermula.

Pilih satu minat yang boleh anda cetuskan keghairahan. Model bisnes secara mengahwinkan antara kerja amal dan perniagaan tradisional mungkin langkah terbaik untuk menggabungkan perkara anda suka dengan apa yang diperlukan pelanggan berpotensi.

2. KENAL PASTI PASARAN

Anda sudah tentu pernah dengar tentang perkara ini – tidak mengenal pasti pasaran. Inilah kesalahan paling biasa dilakukan usahawan. Bergeraklah dengan sesuatu yang sesuai dengan skop anda. Jika bermula secara kecil-kecilan atau masih seorang pelajar, kekalkan lokaliti atau sasarkan rakan pelajar lain. Itulah arah tuju terbaik.

Internet memberikan kita had capaian tanpa batasan, tetapi sangat penting untuk anda mengecilkan pasaran supaya jadi lebih realisitik, dan fokus kepada kumpulan pembeli sasaran yang menunjukkan minat.

3. TETAP HARGA 

Mengambil risiko sangat penting dalam apa saja cabaran bisnes baharu. Sila pertimbangkan untuk menyediakan produk atau perkhidmatan anda pada tahap paling asas (juga dipanggil produk penting minimum). Pelaburan kecil mampu menarik pelanggan baharu tanpa mempertaruhkan banyak wang. Sasaran pelanggan anda sendiri yang akan menjelaskan berapa tetapan harga yang ideal. Sila pantau pasaran yang sudah dikenal pasti dan cuba menyesuaikannya. Anda boleh saja sentiasa menyemak harga tempoh sepanjang bisnes berkembang.

4. JADI JUJUR 

Nasihat ini patut dilakukan diri sendiri, pekerja dan pelanggan anda. Jadi jujur tentang apa yang boleh dibuat kepada bisnes anda. Misalnya, anda tiada tunai atau masa dengan sesuatu projek, akui saja itu sememangnya masalah besar anda. Jadi jujur tentang apa yang diharapkan rakan kongsi daripada anda, dan apa pula yang anda harapkan daripada dia. Jujur juga dengan pelanggan.

Mempunyai impian untuk mencipta business anda sendiri. Jom sertai program How To Start Your Business dengan hanya klik pada butang tersebut.

5. GUNA, TETAPI JANGAN SALAH GUNA MEDIA SOSIAL

Orang muda selalu bersemangat dengan dunia media sosial, dan ia bukan perkara yang buruk. Tetapi, sangat penting untuk fikir dahulu dan berhati-hati sebelum menampal apa saja material pemasaran di Internet.

Media sosial ialah alat paling berkuasa. Fokus kepada apa yang bisnes anda boleh peroleh dengan cepat dan murah. Berhati-hati untuk tidak meletakkan ‘semua telur dalam bakul online'. Kaji dan nilai keputusan diperoleh, kemudian buat penilaian secara tetap dan putuskan tentang cara bagaimana yang berhasil serta cara apa pula yang membazir.

6. JANGAN LUPA PR

Tahukah anda, perhubungan awam (PR) dengan media online dan tradisional boleh membantu memanjangkan hayat dan mengurangkan kos bisnes anda berbanding pengiklanan. Fikirkan tentang perkara yang membuatkan produk anda tampil baharu, menarik dan relevan. Kemudian, bercakaplah kepada media mengenai perkara itu.

Anda mungkin mendapat ulasan yang hebat, disebut dalam blog atau muncul dalam segmen berita. Banyak media memperuntukkan seksyen khas yang menumpukan kepada perkara-perkara hebat dan cemerlang dilakukan individu dalam sesebuah komuniti. Malah, menulis artikel dalam majalah kampus juga boleh menjadi sumber kepada publisiti.

7. CARI MENTOR

Permulaan kepada apa saja cabaran boleh jadi menyeronokkan, mengecewakan, rasa bebas dan menakutkan pada masa sama. Ingat, walaupun generasi muda ada lebih kemahiran teknologi berbanding orang lama, masih terdapat prinsip asas yang hanya boleh diraih dengan pengalaman.

Ramai komuniti menawarkan peluang rangkaian kepada usahawan muda dan lama. Sila ambil peluang dan anda mungkin terkejut dengan kekayaan dan pengetahuan yang ditawarkan mereka.

________________________________________________

Semua tip di atas tidak akan memberikan kejayaan segera kepada anda, tetapi setiap pengetahuan yang anda kumpul sebelum memulakan karier keusahawanan mampu membantu anda mengelak kesalahan yang serius.

<< Lihat juga apakah perbezaan peniaga dan usahawan 

(Visited 647 times, 1 visits today)

Leave a Comment