APABILA anda membangunkan atau merombak laman web syarikat, antara perkara penting perlu diperhatikan adalah jenis laman web terbaik yang akan menyokong urusan bisnes anda. Anda hanya akan buat pengunjung keliru jika terlalu mencuba melonggokkan banyak perkara dalam laman web anda.

jenis jenis laman web

Apa yang penting adalah memilih satu matlamat yang perlu difokuskan. Tetapi apakah perbezaan jenis laman web tersebut?

1) LAMAN WEB E-DAGANG

Tujuan laman web e-dagang  ialah menjual produk. Anda boleh memiliki laman web e-dagang seperti Amazon yang menjual banyak produk, atau laman web yang menjual satu produk sahaja seperti WA-234 Mono, iaitu fon kepala dan amplifier pembesar suara jenama Woo Audio.

Matlamat utama laman web e-dagang adalah mengajak pengunjung membeli produk anda. Apa saja dipaparkan dalam laman web e-dagang, sama ada foto, deskripsi, atau galeri, segalanya akan menumpukan kepada usaha membuatkan pengunjung membeli produk anda.

2) LAMAN WEB PENJENAMAAN

Tipikal sebuah laman web penjenamaan atau branding akan memberikan anda maklumat syarikat, produk dan/atau perkhidmatan. Matlamat laman web penjenamaan adalah membuatkan pengguna terbiasa dengan satu-satu jenama selain membantu mempromosikan jenama berkenaan. Contoh terbaik laman web penjenamaan ialah produk baharu Pepsi – Crystal Pepsi.

Laman web ini mahu mempromosikan jenama produk lama yang pernah popular sekitar 1990-an dahulu yang hendak dipasarkan semula. Pepsi menggunakan teknik imbauan nostalgia dengan mengangkat rekabentuk laman web era 1990-an. Bukankah ini cara terbaik mempromosikan jenama dan produk anda?

3) LAMAN WEB PEMBANGKITAN PROSPEK (LEAD GENERATION)

Matlamat utama laman web pembangkitan prospek atau lead generation adalah mengetahui prospek atau kemahuan pengunjung. Ini adalah cara terbaik jika anda mahu terus membawa pengunjung ke galeri jualan atau mewujudkan hubungan yang lebih akrab dengan mereka.

Woodco Holdings ialah antara contoh laman web pembangkitan prospek terbaik. Inilah cara bagaimana sesebuah syarikat mewujudkan laman khas sebagai entiti terpisah daripada laman web rasmi korporat.

Sertailah kami bagi mengatasi segala permasalahan yang anda hadapi dengan kadar segera. Klik logo dibawah bagi menyertai program Bengkel Teknik Pembangunan Laman.

Laman web jenis ini memberikan anda peluang untuk hanya fokus kepada apa yang dimahukan pengguna tanpa membiarkan mereka diganggu dengan pautan ke halaman atau laman we lain yang tiada kaitan.

4) LAMAN WEB PENERBITAN

Laman web ini menumpukan kepada hal penerbitan yang sama seperti laman web berita atau blog. Laman web jenis ini sangat bergantung kepada pengiklanan dan kandungan tajaan atau advertorial sebagai sumber pendapatan.

PanduLaju ialah contoh laman web penerbitan tentang dunia automotif di Malaysia. Anda dapat lihat panel dan bar iklan di sisi tepi dan atas laman web tersebut akan membawa pembaca ke laman web pengiklan apabila diklik. Setiap ruang iklan dalam laman web penerbitan berpotensi memaksimumkan pendapatan.

5) LAMAN WEB SOKONGAN

Laman web sokongan kerap digunakan syarikat teknikal besar sebagai hab sokongan kepada perkakasan, perisian atai perkhidmatan yang disediakan.

Laman web Apple Support ialah contoh laman web sokongan terbaik. Laman web ini sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai siri jawapan kepada setiap persoalan yang kerap ditanya pelanggan. Ini termasuk bagaimana cara menghubungi jabatan sokongan, apakah perisian atau pemacu terbaru, dan ruang forum komuniti.

——-

Kini, kita ada lima jenis laman web yang boleh dibangunkan dan anda perli bertanya kepada diri apakah tujuan utama dan matlamat penubuhan laman web anda. Semua itu akan membantu anda memilih jenis laman web terbaik yang diperlukan bisnes anda

(Visited 2,130 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Scroll to Top