ANDA tidak sabar dan begitu teruja mahu memulakan perniagaan? Sekarang semangat anda sangat berkobar-kobar dan marak menyala bak api yang sedang membakar. Terasa seperti andalah manusia paling positif di dunia ini.

Tetapi ingat, dunia bisnes tidaklah seindah yang anda bayangkan. Tanpa persediaan, pengetahuan dan semangat juang yang tinggi, anda mungkin terpaksa menyerah kalah apabila berdepan detik-detik mencabar yang tidak menggembirakan.

cara mula bisnes

Apakah persediaan yang perlu anda lakukan. Bacalah 10 tip di bawah ini yang ditulis khas buat anda yang baru pertama kali mahu memulakan perniagaan.

1. FOKUS

Ramai usahawan muda merasakan mereka perlu ambil setiap peluang yang terhidang di hadapan mata. Kata bijak pandai, peluang adalah seperti serigala yang memakai baju biri-biri. Sikap tergopoh-gapah mahu melakukan banyak benda akan membataskan kecekapan dan produktiviti anda. Lakukan satu kerja dengan sempurna lebih baik berbanding buat 10 kerja dengan teruk. Jika mahu melompat ke projek lain pun, pastikan ia ada kena mengena dengan konsep asal bisnes anda.

2. TAHU APA ANDA BUAT. BUAT APA ANDA TAHU

Jangan berbisnes hanya kerana bersandarkan teori produk ataunperkhidmatan itu menjanjikan margin keuntungan dan pulangan tinggi. Sebaliknya, lakukan apa yang anda suka. Bisnes yang dibina berasaskan kekuatan dan bakat anda mempunyai peluang yang hebat untuk berjaya.

Bukan tidak penting mencipta bisnes menguntungkan, apa yang paling penting ialah kegembiraan anda dalam berbisnes. Jika jiwa sudah tiada, percayalah anda tidak akan berjaya.

3. KATAKAN DALAM 30 SAAT ATAU DIAM SAJA

Tidak kira sama ada berurusan dengan pelabur atau pelanggan, sentiasa bersiap sedia dengan bisnes anda. Nyatakan segala misi, servis dan matlamat anda dengan jelas. Jangan terlalu berlebih-lebih dan meletakkan sesuatu di luar kemampuan diri.

4. TAHU APA ANDA BUAT, APA ANDA TIDAK TAHU DAN SIAPA PULA TAHU APA YANG ANDA TIDAK TAHU

Baca banyak kali tajuk di atas untuk lebih faham. Maknanya, seseorang itu tidak tahu segalanya. Jadi, tidak perlu memaksa diri melakukan sesuatu di luar batasan kemampuan. Sentiasa dekatkan diri dengan penasihat dan mentor. Mereka pasti membantu anda menjadi pemimpian dan ahli perniagaan yang lebih baik

Sentiasa cari kejayaan dan pengetahuan individu yang berkongsi minat dan matlamat sama dengan anda yang dapat memberikan nilai tambah kepada anda dalam jangka masa lama.

5. BERAKSI SEPERTI BARU BERMULA

Lupakan tentang ruang pejabat yang hebat dan berwarna-warni, kereta yang laju dan wang dalam akaun yang bertimbun. Dompet anda ialah nyawa syarikat anda. Amalkan berjimat cermat. Perhatikan setiap transaksi dan perbelanjaan ringgit. Kekalkan bajet pengurusan yang rendah dan uruskan aliran tunai dengan cekap.

6. BELAJAR DARIPADA KESILAPAN

Tiada buku atau pelan bisnes yang boleh meramalkan masa depan atau menyediakan anda untuk menjadi usahawan berjaya. Segalanya tidak sesempurna seperti dibayangkan. Jangan ceburi bisnes tanpa perancangan atau pengetahuan, tetapi jangan pula menunggu masa terlalu lama untuk lakukannya. Anda hanya akan menjadi usahawan hebat apabila benar-benar diuji. Paling penting, belajar daripada kesilapan anda dan jangan lakukan kesalahan yang sama.

7. TIADA SIAPA BERIKAN ANDA WANG

Memang pedih, tetapi itulah hakikatnya. Tiada siapa yang akan memberikan anda duit atau membuat pelaburan mudah begitu saja. Jika anda perlukan wang besar untuk melancarkan projek bisnes anda, baliklah dan semak semula perancangan anda.

Cuba cari titik bermula dan bukan titik penamat. Rendahkan pelan dan bajet yang dirasakan melampau tinggi. Ringkaskan idea hingga ia mudah diuruskan pada peringkat awal berbisnes. Tunjukkan nilai bisnes anda sebelum berkira-kira mencari pelabur. Jika konsep anda berjaya, peluang anda untuk meraih modal daripada pelabur akan bertambah baik secara dramtik. Percayalah.

Berminat untuk berniaga tetapi tidak tahu macam mana nak memulakan perniagaan. Sertailah program yang dianjurkan kami di ProgramUsahawan.com dengan hanya klik gamba di bawah.

8. JADI SIHAT SENTIASA

Anda akan jadi lebih produktif apabila anda menjaga kesihatan diri. Keusahawanan adalah tentang gaya hidup, bukan profesion masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang. Bekerja dalam kepenatan akan menyebabkan anda tidak fokus dan kurang produktif. Jangan cari alasan. Makan dengan betul, rajinkan bersenam dan cari masa bersantai untuk diri anda.

9. JANGAN JADI MANGSA

Jangan bercakap sembarangan kecuali jika perlu. Tarik perhatian orang dengan tindakan anda, dan bukan perbualan. Majukan bisnes anda dengan penuh semangat dan keghairahan. Elakkan sesuatu perkara yang tidak pasti. Dalam bahasa mudah, kurangkan bercakap, lebihkah bekerja.

10. TAHU BILA PANGGILAN KELUAR

Berbeza dengan kepercayaan popular, kapten yang bijak tidak akan karam dengan kapalnya. Jangan terlalu ego. Anda perlu tahu bilakah masa untuk berjalan keluar dan ucapkan selamat tinggal. Jika idea anda tidak menjadi, tanyakan kepada diri apakah silap anda dan apakah kesalahan yang sudah anda lakukan?

Kenal pasti bagaimana mengambil teladan daripada situasi buruk yang sudah berlaku dan apakah pengajaran yang boleh digunakan untuk masa depan. Kegagalan pasti berlaku, tetapi usahawan sebenar akan sentiasa tabah menghadapinya.

 

(Visited 697 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Scroll to Top