6-sebab-jenama-sangat-penting-untuk-bisnes-baru-program-usahawan

6 Sebab Jenama Sangat Penting Untuk Bisnes Baru

Penjenamaan yang baik dapat tingkatkan nilai syarikat, memberikan motivasi kepada pekerja dan mendapatkan pelanggan baru dengan lebih mudah.

6-sebab-jenama-sangat-penting-untuk-bisnes-baru-program-usahawan

 

Jenama mewakili persepsi orang ramai terhadap khidmat pelanggan yang ditawarkan, reputasi, pengiklanan dan logo. Apabila kesemua komponen berfungsi dengan baik, jenama keseluruhan cenderung menjadi lebih baik. Ketahui cara jenama memberi kesan kepada perniagaan kita :

Tingkatkan Pengiktirafan

Salah satu komponen yang penting dalam jenama adalah logo. Sebagai “muka” syarikat, reka bentuk logo sangat penting kerana digunakan untuk setiap surat-menyurat dan pengiklanan.

Kita perlu letakkan masa dan usaha yang lebih untuk cipta logo yang tidak mudah dilupakan. Logo boleh memberi kesan yang diinginkan oleh kita apabila orang melihatnya, mereka serta-merta berfikir dan merasa apa yang kita mahukan mereka berfikir dan merasa.

Kita dapat lihat dari logo Nestle yang menunjukkan pengeluaran makanan berkhasiat tapi pelbagai lagi produk lain serta memberi refleks kehidupan moden manusia yang selalunya ada 2 orang anak saja.

Jika kita tidak konsisten ingatkan sasaran pasaran tentang perniagaan kita, mereka akan lupa kita dan pergi ke pesaing yang lain. Sebagai contoh, jenama telefon bimbit Nokia sekarang sudah tenggelam dan diganti dengan banyak jenama-jenama baru seperti Huawei, Lenovo dan lain-lain.

Bina Kepercayaan Pelanggan

Penampilan profesional dapat membina kredibiliti dan kepercayaan. Sama seperti reaksi yang beremosi dapat pengaruhi kepercayaan. Banyak syarikat mencari cara yang unik untuk memupuk emosi dengan pengguna. Ini kerana hubungan emosi adalah kunci jenama yang berjaya.

Jenama dapat mempengaruhi dan membezakan antara satu sama lain. Pengguna suka kepada jenama yang dipercayai. Mereka percaya kepada pengalaman pengguna-pengguna yang lepas dan disebabkan itu, mereka sanggup bayar lebih untuk dapatkan pengalaman yang sama atau lebih baik.

Jenama yang dipercayai dapat meningkatkan kesetiaan pelanggan kerana pelanggan sekarang sedang mencari jaminan, pemulihan yang cepat dan perkhidmatan yang luar biasa selepas jualan.

Menyokong Pemasaran.

Pemasaran adalah komponen penting dalam jenama kita. Medium dan saluran yang dipilih dan juga demografi yang disasarkan untuk iklan dapat membina jenama kita.

Jika terlalu sempit tumpuan yang iklan berikan, syarikat akan hilang upaya untuk berkembang ke pasaran baru. Terlalu luas fokus akan buatkan syarikat gagal memberi kesan kepada pelanggan. Sebagai contoh, Apple mengiklankan mengenai gambar yang terhasil oleh iphone di billboard yang fokus kepada fungsi kamera sahaja.

Kita boleh sampaikan mesej melalui jenama yang direka dengan baik tanpa pengiklanan yang mahal. Pengiklanan dapat membantu mencipta kenangan, memori dan kesan emosi kepada pelanggan.

Jika pelanggan yang berpotensi dapat kenal jenama kita dengan pantas, kita lebih cenderung untuk diingati. Logo kita harus dimasukkan dalam semua komunikasi kita.

Memberi Nilai Kewangan.

Menyediakan nilai yang berterusan kepada sasaran pasaran adalah penting untuk pengiktirafan jenama yang lebih baik dan menjadi orang dihormati dalam bidang kita.

Syarikat-syarikat yang berdagang secara terbuka di bursa saham dinilai berdasarkan aset sebenar syarikat. Nilai yang tinggi banyak disebabkan oleh jenama syarikat. Sebagai contoh, syarikat Nestle (Malaysia) Berhad adalah pengeluar produk makanan yang terkenal yang merupakan antara saham yang paling mahal dan aktif didagangkan di Bursa Malaysia.

Jenama yang kukuh dapat menjamin perniagaan masa depan bagi syarikat yang berada pada kedudukan untuk pinjaman dana untuk pengembangan atau untuk ke pelancaran pasaran saham yang dilihat sebagai lebih berharga dan berfaedah bagi pemilik syarikat.

Semakin besar bakti syarikat untuk bina nilai jenama, lebih banyak pulangan yang syarikat dapat.

Memberi Inspirasi Kepada Pekerja.

Sesiapa pun boleh mengupah pekerja, tetapi hanya jenama yang kukuh boleh mengupah pekerja bermotivasi yang boleh membawa visi dan misi kita ke hadapan.

Mempunyai jenama yang kukuh adalah penting bagi semangat pekerja dan produktiviti.

Jenama bukan sahaja mewujudkan pelanggan yang setia, tapi ia juga mewujudkan pekerja yang setia. Jenama memberikan mereka sesuatu untuk percaya dan ia membantu mereka memahami tujuan organisasi atau perniagaan.

Hasilkan Pelanggan Baru

Jenama membolehkan syarikat untuk dapat perniagaan rujukan. Jenama dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pelanggan.

Logo kita, pemasaran  dan reputasi adalah penting untuk bentuk kesan mendalam kepada minda pengguna. Bayangkan, kita tidak boleh beritahu rakan kita tentang makanan yang sedap jika kita tidak ingat nama restoran itu.

Iklan kita perlu berulang kali sehingga bakal pelanggan kita ingat akan jenama kita, produk yang kita keluarkan dan menimbulkan minat mereka untuk dapatkan produk/servis kita.

Sumber iklan yang paling untung adalah rujukan mulut yang boleh dilakukan jika syarikat kita telah memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelanggan kita.

Perniagaan yang berjaya dalam industri adalah perniagaan yang telah mencipta jenama yang kukuh. Jika perniagaan memberi tumpuan kepada membina pengalaman pelanggan yang berharga, mereka dengan senang mengubah pelanggan menjadi duta jenama.

Di sini kami kongsikan salah satu sumber service design logo murah serendah 5 USD sahaja. Jika anda berminat sila klik image di bawah.

logo-fiverr

Artikel ini di tulis oleh : 

Nama: Ilham Ismail ( Program Coordinator-ProgramUsahawan.com )

(Visited 4,241 times, 1 visits today)

Leave a Comment