ProgramUsahawan.com telah menjalankan beberapa program kreativiti dan inovasi dalam perniagaan. Program ini mendedahkan bagaimana pengalaman usahawan ini dapat membantu para peserta dalam membina idea perniagaan yang ada unsur inovasi dan kreativiti dalam perniagaan.
Tajuk : Kembara Inovasi & Kreativiti Keusahawanan – 14 Mac
Kembara Inovasi & Kreativiti Keusahawanan dengan lancar pada awal tahun ini. Kami telah melawat Ehsan Murni Foods Trading & Consultancy Sdn Bhd dan Miwa Manufacturing Sdn Bhd yang bertempat di Sungai Buloh. Tempat lawatan ini dipilih kerana mereka merupakan usahawan berjaya yang menggunakan inovasi dan kreativiti dalam menghasilkan produk.
Apa yang peserta boleh dapat dan pelajari?
- cara memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sehingga berkembang dan mempunyai rangkaian pengedar di seluruh semenanjung.
- idea menghasilkan produk baru di pasaran yang mempunyai unsur inovatif dan kreativiti
- mengetahui proses menghasilkan produk inovasi iaitu mee wantan yang boleh menggantikan mee segera.
- cara memulakan perniagaan dari minuman jeli atau rumpai laut.
- penghasilan pembungkusan yang inovatif
- peluang untuk menghasilkan minuman “jelly shake” dimana “jelly shake” merupakan produk yang telah diinovasikan.
Sebahagian Pengisian Program :
- Idea dan peluang dalam perniagaan
- Inovasi dalam perniagaan
- Cabaran dan halangan
- Kaedah pemasaran yang dilakukan dalam perniagaan makanan dan minuman
- Cara operasi dan pengurusan perniagaan
- Tips bagaimana untuk mendapatkan status makanan/ minuman halal
Hubungi kami jika anda berminat untuk menjalankan program ini di tempat anda. Klik button hubungi di bawah:
Tajuk : Bengkel Kreativiti dan Inovasi – 30 Mac
ProgramUsahawan.com berjaya menjalankan Bengkel Kreativiti dan Inovasi yang banyak memberi manfaat kepada peserta dalam perniagaan yang telah dijalankan. Kami mendedahkan kepada peserta konsep produk yang mempunyai unsur inovasi dan kreativiti yang telah di keluarkan oleh negara jepun sebagai sumber inspirasi kepada peserta.
Apa yang peserta boleh dapat dan pelajari?
- konsep kreatif dan inovatif dalam bidang keusahawanan yang boleh membuka peluang kepada perniagaan.
- Idea dan inovatif daripada Jepun yang boleh diaplikasikan di Malaysia
- ketahui kepentingan dan tujuan business pitching
- didedahkan cara untuk melakukan business pitching dalam masa satu minit
Sebahagian Pengisian Program :
- Pengenalan business pitching
- Konsep inovasi dalam perniagaan.
- Penghasilan produk kreatif dan inovatif.
- Bagaimana membina Idea Kreatif dan Inovasi dalam perniagaan