Bengkel Kajian Pasaran untuk Perniagaan

Bengkel Kajian Pasaran untuk Perniagaan

Program bengkel kajian pasaran untuk perniagaan ini penting untuk kepada seisapa yang berminat untuk membina bisnes baru, membuka perniagaan di tempat baru , mencari idea dan peluang perniagaan . Pada post sebelum ini kami ada kongsikan mengenai tips cara memulakan perniagaan

Di bawah ini merupakan beberapa program yang telah kami jalankan bersama rakan strategi untuk pendedahan secara “live” teknik kajian pasaran perniagaan. Antaranya adalah : 

Tajuk : Bengkel Market Research – 3 April 2016

Bengkel Kajian Pasaran untuk Perniagaan

ProgramUsahawan.com telah berjaya melaksanakan program Bengkel  Market Research. Program bermula di Pasar Tani Shah Alam dimana peserta perlu melakukan kajian pasaran di situ dan seterusnya di GM Klang.

Apa yang peserta boleh dapat dan pelajari?

  • Para peserta dapat mengetahui konsep dan bisnes model yang digunakan dalam perniagaan yang menggunakan produk yang sama.
  • Lokasi yang berbeza memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perniagaan.
  • Kajian pasaran sebagai rujukan dan analisis untuk memulakan perniagaan.
  • Kepentingan kajian pasaran dalam sesebuah perniagaan.
  • Peserta dapat mempraktikkan bisnes model untuk kajian pasaran di pasar tani dan GM Klang.

 

Kajian Pasaran Perniagaan -ProgramUsahawan

Sebahagian Pengisian Program :

 

Tajuk : Kembara IKS Dan Kajian Pasaran – 7 April 2016

Kembara IKS dan Kajian Pasaran berjaya dijalankan dimana peserta diberi pendedahan tentang perniagaan makanan sejuk beku Esir Frozen Foods. Selain itu, peserta didedahkan dengan kajian pasaran di GM Klang.

Program Usahawan IKS Malaysia

Apa yang peserta boleh dapat dan pelajari?

  • Para peserta dapat melihat sendiri cara pemprosesan makanan sejuk beku dan cara pasarkannya.
  • Pendedahan konsep agen dan pengedar yang digunakan oleh produk Esir Frozen Foods.
  • Peserta melakukan aktiviti kajian pasaran di GM Klang berkaitan perniagaan yang hendak dijalankan.
  • Kajian pasaran ini penting untuk dilakukan sebelum memulakan perniagaan untuk mengetahui sasaran pelanggan yang betul.
  • menambah ilmu dan kemahiran bagi membantu ekonomi dan taraf hidup bakal usahawan yang berminat di dalam bidang makanan sejuk beku

Program Usahawan IKS

Sebahagian Pengisian Program :

  • Cara pemprosesan makanan
  • Teknik pemasaran berkesan dalam industri makanan sejuk beku
  • Pengendalian dan pengurusan makanan sejuk beku
  • Peluang dan Cabaran dalam bidang makanan sejuk beku
  • Kajian pasaran untuk pemasaran makanan Sejuk Beku

 

Tajuk : Bengkel Market Research – 26 November 2016

ProgramUsahawan.com ulung kalinya telah menjalankan program bengkel Market Research di GM Klang dan kawasan sekitar GM Klang. GM Klang merupakan tempat borong yang sesuai untuk usahawan yang hendak memulakan dan mengembangkan perniagaan dengan produk yang sedia ada.

 

Bengkel Market Research 3

Bengkel Kajian pasaran untuk perniagaan

Apa yang peserta boleh dapat dan pelajari?

  • Tujuan dan objektif melakukan kajian pasaran.
  • Kepentingan kajian pasaran sebelum memulakan perniagaan.
  • Para peserta dapat mengetahui bisnes model yang digunakan dalam perniagaan dalam GM Klang dan kawasan sekitar GM Klang.
  • Lokasi yang berbeza mempunyai bisnes model yang berlainan.
  • Perbezaan aktiviti pemasaran yang dilakukan oleh perniagaan yang mempunyai produk yang sama.

Bengkel Market Research Malaysia GM Klang

Sebahagian Pengisian Program :

  • Pendedahan kepada kajian pasaran
  • Analisis jenis-jenis perniagaan
  • Strategi pemasaran dan kaedah jualan
  • Aplikasi teknik kajian untuk perniagaan

Kajian Pasaran Untuk Perniagaan-Program Usahawan

Bengkel Market Research

Hubungi kami untuk khidmat perundingan program di tempat anda. 

Hubungi Kami

(Visited 2,462 times, 1 visits today)

Leave a Comment