Tradec '14
Program Trading Entrepreneurship Challenge atau lebih dikenali sebagai TRADEC merupakan satu program pembangunan usahawan mahasiswa/belia dalam bidang trading secara intensif yang dikendalikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM. TRADE’14 merupakan anjuran UCTC UPM dengan kerjasama PKNS dan ASL Training and Consultancy.
seramai 15 orang pelajar UPM telah dipilih bagi mengikuti cabaran TRADEC’14 selama dua bulan. Bermula pada 21 Jun -31 Ogos,2014, yang mana para peserta dimantapkan dengan ilmu dagang dan keusahawanan selama tujuh hari sebelum menjalankan perniagaan masing-masing dalam tempoh dua bulan. Bahkan sepanjang tempoh cabaran, para peserta perlu menonjolkan potensi diri dengan melaksanakan perniagaan yang sebenar dan setiap perkembangan mereka.
Testimoni Tradec'14




Sistem Bizz Data
PKNS BizData merupakan hub simpanan data-data usahawan di bawah program-program yang diuruskan oleh PKNS. Sistem ini adalah salah satu medan jaringan perniagaan para usahawan dan bakal usahawan. Anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan hanya mengemaskini maklumat peribadi dan perniagaan anda.
Faedah Menjadi Ahli BizData
- Anda akan mendapat makluman program terkini yang dianjurkan oleh PKNS dari pelbagai program dan peringkat.
- Mendaftar program atau kursus yang anda minat secara dalam talian, dan profail anda sudah pun disimpan di dalam sistem.
- Anda akan menerima buletin secara percuma dari Rakan-rakan Strategik program di bawah jaringan PKNS.
- Anda juga boleh menyemak program-program yang pernah anda hadiri sebelum ini sebagai rujukan.
- Dalam perniagaan, jaringan perniagaan adalah sangat penting. Anda boleh mendapat jaringan perhubungan dan maklumat dengan semua peserta-peserta program di bawah PKNS. Apa yang menarik ianya dikategorikan mengikut industri dan sebagainya.
- 6. Anda akan mendapat khidmat perundingan dari Rakan-rakan Strategik di bawah PKNS melalui sistem PKNS Biz Data
- Untuk mengembangkan lagi perniagaan anda, kami juga menyediakan kemudahan pengiklanan perniagaan anda melalui sistem ini.
- Selain itu, ahli PKNS BizData dapat mengakses sistem PKNS BizData secara menyeluruh dan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam sistem.
Sistem Bizz Data


Kelab Permata
Antara Program yang kami jalankan :
- Bengkel Pemasaran Online
- Bengkel Pemasaran Online melalui E-Bay Dan Mudah.My
- Bengkel Teknik Jualan Berkesan
- Bengkel Pengurusan Perniagaan
- Bengkel Asas Penternakan
- Bengkel Pengurusan Pernigaan
Jumlah penyertaan program sepanjang 2010 adalah berjumlah 3,044 orang daripada sasaran yang diberikan adalah seramai 2,720. Dari jumlah ini dianggarkan 64% adalah dari Seminar Motivasi Usahawan.Bagi jumlah penyertaan pada tahun 2009, dianggarkan dalam jumlah 2,778 orang.
Mengikut kajian rambang dari senarai ahli yang ada, dari jumlah 1200 ahli Kelab Permata 859 darinya adalah mereka yang berniaga. Dari kajian ini menunjukkan, Program-program Pembudayaan ini berjaya melahirkan usahawan muda sebanyak 72% dari pelbagai jenis dan kapasiti perniagaan.



