Program Seminar Keusahawanan ini merupakan program kesedaran kepada peserta yang berminat untuk menjadikan bidang keusahawanan ini sebagai satu kerjaya.
Tajuk : Seminar “From Zero To Hero” – 21 Januari
Seminar From Zero To Hero telah berjaya dijalankan pada awal tahun ini. Pengarah-pengarah syarikat F&B telah berkongsikan pengalaman beliau memulakan perniagaan makanan sejuk beku daripada rumah sehingga mempunyai kedai sendiri.
Apa yang peserta dapat daripada program ini?
- Perkongsian cara memulakan perniagaan dari zaman belajar.
- Cabaran dan halangan dalam perniagaan yang pernah dialami turut dikongsikan seperti kerugian, masalah dalaman dalam pengurusan.
- Pengalaman yang dikongsikan ini memberikan inspirasi dan motivasi kepada peserta bagaimana cara memulakan perniagaan dari bawah sehingga berjaya.
Sebahagian Pengisian Program :
- Mentaliti dan motivasi keusahawanan
- Peluang dan cabaran dalam perniagaan makanan dan minuman
- Pengendalian dan pengurusan perniagaan
Tajuk : Seminar Rahsia Usahawan – 2 April
Seminar Rahsia Usahawan berjaya dijalankan dimana penceramah membantu untuk usahawan yang sedia ada untuk mengembangkan perniagaan.
Apa yang peserta boleh dapat dan pelajari?
- Ketahui pengalaman dan idea memulakan perniagaan
- membantu memupuk minat para peserta untuk menceburi bidang perniagaan dalam masa terdekat.
- Peserta didedahkan dan dikongsikan tentang ciri-ciri serang usahawan yang perlu diterapkan dari awal
- Cara mendapatkan idea dalam perniagaan adalah dengan membantu menyelesaikan masalah orang lain.
- Mengetahui peluang dalam perniagaan dan cara yang bijak untuk mengambil peluang
Sebahagian Pengisian Program :
- Motivasi keusahawanan
- Ciri-ciri usahawan berjaya
- Idea dan peluang perniagaan
- Dan lain-lain
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan program ini anda boleh hubungki kami . Klik Button di bawah
Tajuk : Seminar Successful Entrepreneur – 18 November
Seminar Successful Entrepreneur dihadiri oleh peserta yang ingin dapatkan idea baru untuk perniagaan mereka. Perkongsian daripada usahawan-usahawan telah berjaya membuka peluang lebih besar kepada perniagaan peserta.
Apa yang peserta boleh dapat dan pelajari?
- Pengalaman daripada usahawan-usahawan yang berjaya.
- Motivasi keusahawanan yang perlu ada dalam diri.
- Idea untuk memulakan perniagaan dan peluang dalam perniagaan.
- Pendedahan tentang “business model canvas”.
- Menghasilkan “business model canvas” untuk perniagaan masing-masing.
Sebahagian Pengisian Program :
- Asas keusahawanan
- Motivasi dan ciri-ciri usahawan
- Pendedahan kepada business model canvas dan jenis-jenis perniagaan
- Penghasilan business model canvas
- Dan lain-lain
Klik Button di bawah untuk menghubungi kami