“KURSUS USAHAWAN TANI”
Bidang pertanian telah menjadi salah satu keperluan serta mendapat permintaan di pasaran. Oleh kerana pertanian adalah merupakan sumber makanan yang menjadi keperluan kepada masyarakat, maka perniagaan ini menjadi perhatian kepada mereka yang tahu akan peluang perniagaan usahawan asas tani.
Oleh itu, ProgramUsahawan.com mempunyai kepakaran dalam membina, serta membentuk usahawan dalam pelbagai bidang termasuk memperkasakan usahawan tani di Malaysia
Seminar usahawan tani merupakan program seminar usahawan yang memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan asas tani sama ada pertanian, penternakan dan perikanan.
Program ini sesuai diberi pendedahan kepada usahawan baru yang ingin melihat potensi perniagaan ini atau mereka yang baru ingin berniaga dalam bidang pertanian dan penternakan.
Anda boleh lihat rakan strategi kami yang bersama-sama bekerjasama dalam misi pembudayaan keusahawanan asas tani.
SIAPA PERLU HADIR ?
- Bakal usahawan.
- Suri rumah / Bakal pesara /
- Individu yang berminat
- Peniaga sambilan
- Peniaga produk pertanian
- Usahawan bidang pertanian
- Usahawan Ternakan
- Usahawan Perikanan
- Pelajar IPTA/IPTS






OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program Usahawan Tani ini bergantung kepada sasaran dan objektif yang hendak dicapai. Pihak kami berkebolehan dan berpengalaman dalam merangka module secara teori dan praktikal bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Antara objektif yang boleh di cadangkan adalah:
- Mengubah mentaliti minda peserta kepada pertanian merupakan 1 perniagaan.
- Peserta didedahkan kepada ciri-ciri Usahawan Tani yang berjaya.
- Peserta diberikan jaringan dan peluang perniagaan asas tani.
- Melahirkan lebih ramai usahawan pemasar yang profesional, dinamik dan mempunyai jaringan perniagaan yang kukuh.
SEBAHAGIAN PENGISIAN PROGRAM
- “Titik Permulaan Menjadi Usahawan Tani – Dimana dan Bagaimana?”
- Idea dan peluang perniagaan usahawan Asas Tani.
- “Bidang Perniagaan pilihan – Kaitan Antara Segulung Ijazah dan Dunia Perniagaan”
- “Rahsia Kejayaan Menjadi Usahawan Ternakan Ikan Air Tawar”
- “Keusahawanan Bioteknologi – Antara Realiti dan Potensi”
- Inovasi dan kreativiti produk pertanian dan penternakan.
- Pendedahan teknologi pemasaran era baru produk pertanian.

Pembentangan & Perbincangan Kertas Kerja
Anda berminat untuk menjemput kami untuk membuat pembentangan dan perbincangan berkaitan kertas kerja anda ?