Program seperti ini bukan menjadi satu alternatif lagi, tetapi menjadi satu kewajipan bagi memaksimumkan pendapatan serta mengurangkan perbelanjaan kos pemasaran untuk perniagaan atau individu.
Melalui strategi yang dibina dengan kekuatan yang dimiliki dengan pakar pemasaran online dari pelbagai platform seperti FB, Google, Instagram, Twitter, Pinterest, SEO, Email dan Online Media, teknologi web disertakan dengan kekuatan ASL dalam pembangunan modul usahawan menjadikan strategi ini sangat berkesan.
Digipreneur telah menjadi trend perniagaan masa kini dan rugi kepada mereka yang tidak mengambil peluang untuk mempelajari bagaimana anda boleh menggunakan skill anda untuk menjana pendapatan anda dengan cara sangat mudah. Program ini dirangka khas untuk mendedahkan strategi pemasaran online khususnya kepada produk digital.
Kepada mereka yang mempunyai kemahiran digital seperti pereka grafik, video, website, penulis, ebook, programmer dan banyak lagi kami mencadangkan untuk anda menyertai DIGIPRENEUR (DIGITAL ENTREPRENEUR).
Program ini akan mengubah kemahiran anda kepada nilai Ringgit dengan menembusi pasaran dengan menjual kemahiran anda. Program ini juga bakal membuka minda dan melihat permintaan pelanggan pada kemahiran anda dari dalam serta luar negara.
Kumpulan yang tidak mempunyai kemahiran yang dimaksudkan juga boleh terlibat dalam menjana income yang besar melalui kaedah ini, jom sertai kami untuk mengetahui lebih lanjut.