“Online Marketing Impact” (OMPACT) merupakan sebuah program strategi pemasaran yang berimpak besar dan berorientasikan hasil. Ianya membantu pemasaran konvensional (offline) bagi melonjakkan keuntungan dalam pemasaran media baru (online) yang sangat menjimatkan, berautomasi dan membawa keuntungan yang tinggi selaras dengan perkembangan teknologi dan trend semasa.
Program seperti ini bukan menjadi satu alternatif lagi, tetapi menjadi satu kewajipan bagi memaximumkan pendapatan serta mengurangkan perbelanjaan kos pemasaran untuk perniagan atau individu.
Melalui strategi yang dibina dengan kekuatan yang dimiliki dengan pakar pemasaran online dari pelbagai platform seperti FB, Google, Instagram, Twitter, Pinterest, SEO, Email dan Online Media, teknologi web disertakan dengan kekuatan ASL dalam pembangunan modul usahawan menjadikan strategi ini sangat berkesan.
Kesibukan usahawan tidak dapat dinafikan. Jika terdapat penyelesaian dengan meletakan mesin atau robot yang boleh membantu kita dalam aktiviti pemasaran online dan ianya bergerak secara automasi, pasti menarik.
Dengan perkongsian program Automasi Online Marketing, ianya pasti membantu anda dalam mendapat pembantu Pemasaran Online yang akan berkerja menguruskan sebahagian aktiviti pemasaran secara dalam talian secara 24 jam tanpa henti.