Program Cabaran Usahawan SMART merupakan sebuah program yang dibina dengan berimpak besar dalam Pembangunan Usahawan serta melonjak kapasiti usahawan. Ia dibina secara berstruktur serta berpendekatan yang sangat unik dalam konsep penghayatan ilmu dan kemahiran keusahawanan.
Program Usahawan SMART ini merupakan program yang di bina secara berstruktur dan program dijalankan selama 3-4 bulan. Pembelajaran program melalui situasi perniagaan sebenar kepada peserta ketika menjalani latihan penghayatan dan penerapan nilai yang tinggi atau dihayati dalam keusahawanan.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modul dan pembelajaran program Usahawan SMART Sila Klik sini [ Cabaran Usahawan SMART ]
Tahun ini seramai 58 orang peserta telah menyahut cabaran ini dengan kerjasama dengan rakan strategi dengan salah satu objektif adalah meningkatkan pendapatan perniagaan para peserta.
Program ini telah melibatkan seramai 21 orang mentor dari pelbagai bidang kepakaran bersama-sama ProgramUsahawan.com berganding bahu menjayakan program ini pada tahun ini.
Anda Nak Tahu Apa Yang Menarik Program Usahawan SMART ni ? Play Video Di bawah:
- Penghayatan keusahawanan melalui program berstruktur yang terbukti berkesan berdasarkan kejayaan yang kami telah kecapi dalam melahirkan usahawan kepada satu peringkat yang lain.
- Berjaya antaranya melahirkan Usahawan Baru yang dari “zero” tidak pernah berniaga dan kini mampu mengajikan beberapa orang pekerja dalam tempoh cabaran 3-4 bulan.
- Usahawan berniaga telah melonjakkan pendapatan perniagaan mereka melalui pengembangan perniagaan selepas menyertai program ini.
- Melalui program ini mereka telah didedahkan kepada ilmu pemasaran online berkesan yang mampu mengurangkan kos perbelanjaan untuk pemasaran.
- Mereka telah didedahkan dengan kaedah “Real Business, Real Gain and Real Loss”
- 1 To 1 Coaching Perniagaan.
- Peluang perniagaan daripada Agensi dan Institusi seperti karnival keusahawanan, ruang perniagaan dan lain-lain.
Antara Kejayaan yang telah kami lakukan bersama dengan rakan strategi untuk tahun 2016 adalah :
Fakta menarik tentang program :
Februari – Jun :
- 15 usahawan baru
- 4 bulan tempoh cabaran
- 13 syarikat berdaftar
- Nilai jualan terkumpul : RM 79,112.34
- Nilai keuntungan terkumpul : RM 40, 491.25
April – Jun :
- 17 usahawan baru
- 1 bulan 3 minggu tempoh cabaran
- 15 syarikat berdaftar
- Nilai jualan terkumpul : RM 317,245.15
- Nilai keuntungan terkumpul : RM 90,137.35
Julai – November :
- 15 usahawan baru
- 4 bulan tempoh cabaran
- Nilai jualan terkumpul : RM 28,008.00
- Nilai keuntungan terkumpul : RM 15,286.00
Ogos – November :
- 11 usahawan baru
- 4 bulan tempoh cabaran
- Nilai jualan terkumpul : RM 28,286.50
- Nilai keuntungan terkumpul : RM 14,684.41
Jumlah jualan keseluruhan : RM452,660.99
Jumlah keuntungan keseluruhan : RM160,599.04