perkara-wajib-kita-tahu-untuk-cipta-logo-produk-dan-perniagaan-program-usahawan

Perkara Wajib Kita Tahu Untuk Cipta Logo Produk dan Perniagaan

Logo berkait rapat dengan jenama. Sekiranya logo kita baik dan berkesan, orang akan ingat dengan mudah logo itu. Logo yang baik boleh diletak di mana saja terutama dalam pengiklanan, ia akan serlahkan di mata orang yang melihatnya.

perkara-wajib-kita-tahu-untuk-cipta-logo-produk-dan-perniagaan-program-usahawan

Menurut Schalles Williams, seorang pengurus kandungan kreatif di LogoGarden, menyatakan sebaik saja kita membuat logo untuk bisnes dan mula membina jenama untuk permulaan, adalah penting untuk wujudkan garis panduan jenama yang sesiapa saja boleh ikut. Ketahui garis panduan jenama berikut :

Warna Logo

Kenal pasti warna teras logo kita adalah penting untuk identiti jenama. Gagal untuk kenal pasti kod khusus warna hex serta RGB (untuk web) boleh membawa kepada kekeliruan. Penting untuk kenal pasti logo versi hitam dan putih dan apa-apa perubahan boleh digunakan.

Warna adalah sesuatu yang boleh menangkap mata. Kajian penting telah dijalankan pada nilai warna dan kesan ia pada minda manusia. Ia adalah satu fakta bahawa setiap warna menyebabkan reaksi yang tertentu.

Memahami psikologi warna adalah penting untuk mereka bentuk logo yang berkesan, Penggunaan warna boleh bawa pelbagai makna. Berhati-hati memilih warna untuk tingkatkan unsur-unsur dalam logo dengan menggunakan bayangan dan tona.

Warna-warna terang dan berani menarik perhatian tetapi boleh tunjukkan ganas. Makna tertentu berkait warna yang berbeza dalam masyarakat :

  • Merah : semangat, agresif, kehangatan, haba, bahaya atau pencerobohan. Ia juga dapat meransang selera makan yang menjelaskan mengapa ianya banyak digunakan dalam banyak restoran dan logo produk makanan.
  • Oren : inovasi dan pemikiran moden, membawa kepada keseronokkan, kemampuan.
  • Kuning : perlu hati-hati digunakan kerana mempunyai beberapa maksud negatif termasuk menandakan sebagai amaran. Tetapi ia adalah warna cerah, mesra dan warna yang mampu meransang selera makan.
  • Hijau : syarikat guna apabila menekankan unsur semula jadi seperti makanan organik dan vegetarian. Maksud lain juga adalah pertumbuhan dan kesegaran yang popular dengan produk kewangan.
  • Biru : Salah satu warna yang banyak digunakan dalam logo syarikat. Membayangkan sebagai profesionalisme, berfikiran serius, integriti, keikhlasan, tenang, kuasa dan kejayaan. Sebab itu ia popular dengan institusi kewangan dan badan kerajaan.
  • Ungu : Royalti, kemewahan, kebijaksanaan, maruah, dan warna kekayaan.
  • Hitam : mempunyai personaliti berpecah iaitu tunjukkan kuasa dan kecanggihan dan sisi lain pula menunjukkan kejahatan dan kematian.
  • Putih : kesucian, kebersihan, kesederhanaan dan kenaifan. Banyak syarikat akan memilih untuk mempunyai versi warna dan versi putih untuk logo mereka. Sebagai contoh, Coca-Cola muncul dalam putih pada tin merah tetapi digunakan dalam merah apabila diperlukan pada latar belakang putih.
  • Coklat : Maskulin dan sering digunakan untuk kehidupan luar bandar dan di luar rumah.
  • Merah jambu : Menyeronokkan dan feminin. Ia selalu dielakkan untuk produk bukan untuk wanita.

logo

Boleh kita bayangkan jika pereka untuk Coke tidak mempunyai garis panduan tertentu, dan mampu untuk menambah baik warna?  Warna yang bermula sebagai merah klasik boleh digantikan dengan warna oren dan menyebabkan jenama itu jatuh.

Warna merah yang klasik telah dikenali di seluruh Amerika untuk Coke.  Warna merah dan dengan perkataan M yang berwarna kuning telah dikenali dengan McDonald's di seluruh dunia.

coco-cola

mc-d

Standard Saiz Untuk Logo

Penting untuk mempunyai skala pada logo untuk kekalkan integriti. Banyak jenama seperti eBay mempunyai standard yang mana logo boleh diterbitkan semula. Dengan menyatakan saiz yang minimum, kita dapat lindungi logo kita daripada tidak dapat dibaca.

Penting untuk jelaskan bahawa logo tidak perlu diregangkan atau diperluaskan untuk dimuatkan ke dalam ruang tertentu. Ini membantu menjaga kebersihan, garis kekemasan dan akan halang pelanggan daripada sukar menyahkod imej atau nama yang diregangkan.

business-strategy-program-usahawan

Strategi adalah satu elemen yang penting bagi kejayaan sesebuah perniagaan. Perancangan strategik adalah berkaitan dengan masa, kemahiran dan motivasi diri.

Tekan Disini

Fonts

Jika logo berasaskan teks, akan mengambil masa untuk dicipta. Gagal untuk sediakan garis panduan boleh bererti logo kita akan diterbitkan dengan font yang salah, atau jenama disengetkan sedikit. Condong sedikit dari masa ke semasa membawa perubahan yang besar yang tidak lagi menunjukkan jenama kita.

Selain dari font yang digunakan dalam logo, mana-mana tagline, font laman web atau cetakan harus kekal konsisten dan sejajar untuk bantu kukuhkan jenama kita. Gagal untuk kenal pasti font  dan warna yang sesuai boleh bertukar kepada tidak konsisten.

Satu contoh klasik ialah logo Fed Ex yang menggunakan kombinasi huruf E dan x yang membentuk anak panah. Ini adalah salah satu contoh logo yang menggunakan font yang kelihatan biasa pada pandangan pertama tetapi dedahkan maklumat yang menarik dan luar biasa apabila diperhatikan lagi.

Samsung dan Toshiba pula menggunakan font yang konsisten dalam logo mereka. Jika ditukarkan kepada font yang lain, orang akan keliru dengan identiti mereka.

samsung

Mewujudkan satu jenama untuk perniagaan kita adalah satu aset yang terbesar bagi perkembangan perniagaan dan dapat membantu pelanggan untuk berhubung dengan produk atau servis kita. Tanpa logo yang jelas, bakal pelanggan boleh hilang sebelum mereka berhubung dengan jenama kita.

Anda boleh mengupah designer luar untuk memberi pandangan mengenai logo perniagaan anda juga di samping perkongsian yang kami berikan di atas. Di bawah merupakan salah satu laman yang menawarkan perkhidmatan serendah USD 5 sahaja. Anda boleh mencubanya.

logo-fiverr

<< Lihat juga 6 Sebab Jenama Sangat Penting Untuk Bisnes Baru

Artikel ini di tulis oleh : 

Nama: Ilham Ismail ( Program Coordinator-ProgramUsahawan.com )

(Visited 10,439 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Scroll to Top