Anda nak tahu Bagaimana Cara Bina Laman Web ? Sebelum itu ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira dalam membina website.

Cara Bina Laman Web

BAGI membolehkan laman web baharu anda berada atas talian, anda memerlukan dua perkara:

  • Nama domain (alamat web seperti com)
  • Hosting (perkhidmatan yang menyambungkan laman web anda ke Internet)

Walaupun platform WordPress adalah percuma, tetapi nama domain dan hosting mesti dibeli dengan kos sekitar RM15-RM25 sebulan. Rasanya, masih murah dan tidak perlu membuatkan anda memecahkan tabung di rumah.

Membeli nama domain sangat penting bagi menunjukkan tahap profesionalisme bisnes anda berbanding mengekalkan laman web anda dengan nama domain lain (seperti namawebanda.wordpress.com), apatah lagi kos yang dikenakan tidak mahal.

Sementara itu, membeli hosting pula dapat memastikan kelancaran laman web anda dari segi memuat turun kandungan teks, imej dan video yang dimuatkan. Hosting juga sangat penting jika anda memang menjalinkan urusniaga jual beli atas talian.

Sayang sekali kalau pelanggan terpaksa menutup dan meninggalkan laman web anda kerana terlalu lama menunggu untuk membaca maklumat dan membeli-belah secara talian.

Anda boleh rujuk link ini jika anda belum pasti platform pemasaran online apa anda sesuai gunakan [ Jenis-jenis Platform Pemasaran Online ] 

Di Mana Boleh Dapatkan Nama Domain dan Hosting?

Ada banyak syarikat penyedia nama domain dan hosting di pasaran.Antaranya di NameCheapServerFreak atau Exabytes yang popular di kalangan pembangun laman web negara kita. Anda boleh memilih pakej manakah yang bersesuaian dengan bajet anda.

Sudah tentu anda boleh saja melakukan hosting sendiri ke atas laman web anda, tetapi ia memerlukan proses yang rumit sekiranya anda tiada latar belakang teknologoi maklumat dan sistem rangkaian komputer. Jadi, jimatkan masa dan tenaga anda dengan mendapatkan penyedia hosting yang bagus.

Apabila anda sudah mendapatkan nama domain, anda juga anda mendapat akaun e-mel peribadi seperti anda@namawebanda.com, sekali gus menampakkan anda lebih profesional berbanding menggunakan alamat e-mel umum seperti Gmail atau Yahoo.

Sekarang anda suda ada nama domain dan hosting!

Apakah Nama Domain yang Sesuai?

Mudah saja, jika anda sedang membangunkan laman web untuk urusan bisnes, nama domain sepatutnya sepadan dengan nama syarikat anda. Misalnya, namasyarikatanda.com

Sebaliknya, jika anda merancang membuat laman web peribadi, cukup saja letak namaanda.com.

Nama domain biasanya berakhir dengan .com, .org atau .net, tetapi sejak kebelakangan ini terdapat banyak sambungan domain yang boleh ditempah khas atau custom seperti .agency atau .pizza.

Nama Domain Terbaik?

Cuba elak menggunakan sambungan yang pelik dan kekal saja cara tradisional seperti .com, .net atau .org. Boleh juga memilih sambungan yang menunjukkan ciri lokaliti laman web anda seperti .com.my atau .my, ataupun sambungan khas yang benar-benar menjelaskan bisnes anda.

Ini kerana sambungan domain tradisional lebih mudah diingati orang ramai, sekali gus memudahkan mereka melayari laman web anda di Internet.

Tip Tambahan Lain Pasal Nama Domain?

Ada beberapa perkara yang akan membantu anda memilih nama domain:

Anda mempunyai bisnes online dan ingin memantapkan lagi Marketing anda secara online? Sertai program yang dianjurkn kami di ProgramUsahawan.com dengan hanya klik gamba dibawah.

#1 Apakah ia berjenama? 

Misalnya, jika anda membangunkan laman web tentang rumah sewa, memilih nama umum seperti rumah-sewa-ini.com adalah pilihan yang kurang baik berbanding memilih nama yang lebih unik seperti RumahSewaSamad.com atau IndahSewa.my

#2 Apakah Mudah Diingati?

Nama domain anda mesti pendek, jelas dan meninggalkan kesan supaya mudah diingati. Jika nama domain anda terlalu panjang atau pelik, pelayar Internet mungkin terlupa.

#3 Apakah ia catchy?

Apakah ia catchy atau menarik? Anda mahukan nama domain yang mesra disebut lidah dan pada masa sama mampu menjelaskan apa yang bisnes anda tawarkan serta mudah diingat!

Sertai bengkel yang dianjurkn kami di Programusahawan.com dengan klik gamba di bawah bagi mempelajari teknik-teknik mantap yang mampu membantu anda dalam pembangunan laman web

Memang payah bukan. Jangan bimbang kerana buat masa sekarang terdapat kira-kira 150 juta nama domain dari seluruh dunia. Ambil masa fikirkannya dan jangan berputus asa.

Apapun, ada satu peraturan yang boleh anda guna: Jika anda sukakannya, terus saja lakukannya. Jangan tunggu lama-lama!

<<<< Lihat juga Kenapa teknik SEO penting untuk perniagaan anda 

(Visited 601 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Scroll to Top