DIGIPRENEUR ( DIGITAL ENTREPRENEUR )
“ONLINE MARKETING IMPACT ( OMPACT )”
PERHATIAN !
Adakah Anda Berminat Nak Tahu Cara Bagaimana Nak Pasarkan Produk Anda Pada Pasaran Tempatan Dan Luar Negara ?
Kenapa Anda Masih Buntu Tidak Tahu Bagaimana Nak Pasarkan Produk Digital Anda Secara Online ?
Teruskan Pembacaan Anda Di sini ...
“Online Marketing Impact” (OMPACT) merupakan sebuah program strategi pemasaran yang berimpak besar dan berorientasikan hasil. Ianya membantu pemasaran konvensional (offline) bagi melonjakkan keuntungan dalam pemasaran media baru (online) yang sangat menjimatkan, berautomasi dan membawa keuntungan yang tinggi selaras dengan perkembangan teknologi dan trend semasa.
Program seperti ini bukan menjadi satu alternatif lagi, tetapi menjadi satu kewajipan bagi memaksimumkan pendapatan serta mengurangkan perbelanjaan kos pemasaran untuk perniagaan atau individu.
Melalui strategi yang dibina dengan kekuatan yang dimiliki dengan pakar pemasaran online dari pelbagai platform seperti FB, Google, Instagram, Twitter, Pinterest, SEO, Email dan Online Media, teknologi web disertakan dengan kekuatan ASL dalam pembangunan modul usahawan menjadikan strategi ini sangat berkesan.
Digipreneur telah menjadi trend perniagaan masa kini dan rugi kepada mereka yang tidak mengambil peluang untuk mempelajari bagaimana anda boleh menggunakan skill anda untuk menjana pendapatan anda dengan cara sangat mudah. Program ini dirangka khas untuk mendedahkan strategi pemasaran online khususnya kepada produk digital.
Kepada mereka yang mempunyai kemahiran digital seperti pereka grafik, video, website, penulis, ebook, programmer dan banyak lagi kami mencadangkan untuk anda menyertai DIGIPRENEUR (DIGITAL ENTREPRENEUR).
Program ini akan mengubah kemahiran anda kepada nilai Ringgit dengan menembusi pasaran dengan menjual kemahiran anda. Program ini juga bakal membuka minda dan melihat permintaan pelanggan pada kemahiran anda dari dalam serta luar negara.
Kumpulan yang tidak mempunyai kemahiran yang dimaksudkan juga boleh terlibat dalam menjana income yang besar melalui kaedah ini, jom sertai kami untuk mengetahui lebih lanjut.
SIAPA PERLU HADIR ?
PERHATIAN !
ANDA TIADA SKILL DIGITAL ?
JANGAN RISAU KAMI AKAN DEDAHKAN BEBERAPA LAMAN YANG ANDA BOLEH " OUTSOURCE" MARGIN TINGGI HAMPIR 200 %
MOHAMMAD ASLAM B MOHAMMAD
Sc. Hons (IT), General Science (Kuwait)
Certified NLP® Practitioner (ABNLP), Time Line Therapy® Practitioner (TLTA)
Beliau merupakan pengasas kumpulan syarikat ASL Development Group (M) Sdn Bhd yang telah terlibat secara aktif dalam pelbagai bidang perniagaan sejak tahun 2004 sehingga kini. Bidang-bidang perniagaan yang beliau terlibat sebagai pengarah urusan mahupun lembaga pengarah syarikat antaranya percetakan, latihan pembangunan usahawan, latihan pembangunan korporat, peruncitan, pembangunan sistem dan IT, penternakan, pemasaran online serta pendidikan awal kanak-kanak.
Pengalaman beliau juga dalam bidang sumber manusia, teknologi maklumat serta psikologi sewaktu bekerjaya dulu banyak membantu dalam perniagaan beliau disamping pendedahan lain diperingkat antarbangsa. Dalam pemasaran online beliau adalah Certified Google Analytics dan SEO, disamping mengepalai semua unit pemasaran online dalam syarikat dibawah kumpulan dan syarikat bersekutu. Beliau telah membuat banyak projek R&D bersama team ASL dalam mencari formula terbaik dalam pemasaran media baru.
Permulaan perniagaan yang bermula dari bawah sehingga membina empayar perniagaan sendiri ini dapat dikongsikan bersama usahawan melalui pembangunan usahawan yang lebih praktikal dan sangat bernilai. Perkongsian melalui latihan, perundingan dan kejurulatihan banyak membantu Usahawan sejak tahun 2008 dimana beliau aktif dalam pembangunan Usahawan disamping cabang perniagaan lain yang beliau terlibat secara langsung.
MOHD RAWI B OTHMAN
Sc. (Hons) Plantation Technology and Management
Beliau merupakan HOD untuk ProgramUsahawan.com yang telah terlibat secara aktif dalam operasi dan pemasaran bahagian usahawan. Beliau juga terlibat dalam “Online Marketing Strategy” untuk pemasaran di bawah kumpulan syarikat ASL Development Group (M) Sdn Bhd.
Pengalaman beliau juga membuat banyak projek R&D bersama team ASL dalam mencari formula terbaik dalam pemasaran media baru. Dalam pemasaran online, beliau terlibat dalam projek membina hartanah maya iaitu portal perkongsian untuk masyarakat di mana jumlah pelawat sehari mencecah 3 ribu pelawat dan keatas menggunakan kaedah pemasaran percuma iaitu SEO.
Berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam mencari teknik menjimatkan kos pemasaran syarikat, antara salah satu strategi paling berkesan adalah perlu menggunakan website perniagaan sebagai platform pemasaran online. Sila rujuk Fakta Program .
FAKTA PROGRAM
SEDIKIT PERKONGSIAN KAMI PADA PROGRAM SEBELUM INI
SIJIL & PENGIKTIRAFAN
UNDER ASL DEVELOPMENT GROUP (M) SDN BHD
Sila Lakukan Pra Pendaftaran untuk dapatkan Maklumat Harga Program
Lihat Juga Program Lain di Bawah
JOM APA TUNGGU LAGI .. PELUANG TIDAK DATANG SELALU ..SERTAI PROGRAM DIGIPRENEUR SEKARANG !